Politik
Umur saya sudah 95 tak kan nak suruh bertanding lagi – Tun Mahatir
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi bayangan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum yang akan datang.
Ketika ditanya sama ada akan mempertahankan Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya UMUM Ke-15 (PRU15), beliau memberikan faktor umur sebagai alasan.
Katanya, pada umurnya sekarang mana mungkin akan bertanding lagi.
“Bertanding lagi? Tak payahlah, saya sudah umur 95 tahun, nak berjalan pun tak berapa betul, tak kan nak suruh saya kena bertanding lagi, cukuplah,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.