BeritaPolitik

UMNO perlu masuk ke Sarawak

TIDAK lama dahulu pernah ada usaha untuk membawa masuk UMNO ke Sarawak.

Bagaimanapun usaha itu akhirnya menemui jalan buntu apabila satu demi satu jawatankuasa penaja bahagian dan cawangan yang ditubuhkan mati begitu sahaja.

Gerakan itu dilancarkan ketika Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih menjadi Ketua Menteri dan Barisan Nasional masih berkuasa dan perdana menteri ketika itu ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Persoalan menarik apakah UMNO tidak berminat untuk masuk ke Sarawak sekali lagi, setelah kehilangan kuasa memerintah negara.

Selepas berjaya memuktamadkan Muafakat Nasional iaitu membabitkan kerjasama Barisan Nasional dengan Pas, gabungan itu tidak akan cukup mantap tanpa penyertaan parti dari Sabah dan Sarawak.

Gagasan itu mungkin boleh berharap UMNO Sabah akan kembali berdiri kukuh dan pada masa yang Gabungan Parti Sarawak atau GPS memberi sokongan kepada gagasan baharu itu.

Bagaimanapun dilihat daripada nafsu pemimpin UMNO terhadap Sarawak seperti telah tiada. Mereka kini reda dengan apa yang ada dan berharap GPS menyokong Muafakat Nasional.

UMNO Sabah telah diberi kuasa autonomi dan jika formula yang sama digunakan di Sarawak ia mungkin akan berkesan.

Bagaimana GPS kalah di Sarawak? Atau GPS bergabung dengan Pakatan Harapan (PH). Atau UMNO berharap kepada Pas yang selama ini tidak pernah gagal pada pilihan raya negeri, tetapi tetap gagal memenangi sebarang kerusi.

Bersatu Sarawak telah dilancarkan di Sarawak pada 1 Disember lalu di Bintulu oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini jelas niatnya melengkapkan parti-parti PH bertapak di Sarawak.

Inilah masanya UMNO perlu berusaha kembali bertapak di Sarawak. Jadi tepuk dada tanya selera.

FAKTA MENGENAI POLITIK SARAWAK

Pilihan Raya Negeri Sarawak perlu diadakan selewat-lewatnya sebelum 7 September 2021.

Kali terakhir Sarawak mengadakan Pilihan Raya Negeri adalah pada 7 Mei 2016.

Ketika ini, Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang memerintah negeri Sarawak mempunyai 72 kerusi DUN daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

KEDUDUKAN KERUSI DUN GPS (DULU BN):

PPB bertanding 40 kerusi – Menang 40 kerusi (100%).

SUPP bertanding 13 kerusi –
Menang 7.

SPDP bertanding 5 kerusi –
Menang 3.

PRS bertanding 11 kerusi –
Menang 11.

Calun BN direct bertanding 13 kerusi – Menang 11.

Jumlah Kerusi GPS: 72

PECAHAN KERUSI PARTI PEMBANGKANG:

DAP bertanding 31 kerusi –
Menang 7.

PKR bertanding 41 kerusi –
Menang 3.

PAS bertanding 11 kerusi –
Kalah semua.

AMANAH bertanding 13 kerusi – Kalah semua.

PBDSB bertanding 5 kerusi –
Kalah semua.

STAR bertanding 11 kerusi –
Kalah semua.

Calon BEBAS bertanding 36 kerusi – Kalah semua.

Jumlah kerusi parti pembangkang: 10.

Untuk sesebuah parti atau Gabungan Parti memerintah Negeri Sarawak, mereka perlu menang sekurang-kurangnya 42 kerusi DUN.

PERSOALANNYA:

GPS yang ditubuhkan pada 12 Jun 2018, selepas PRU ke-14 di mana BN kalah, bilakah GPS akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan;

Logo apa yang akan digunakan oleh GPS di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini?

GPS perlukan satu identiti dan logo yang baru dan menarik dan mudah diterima oleh rakyat Sarawak selepas mereka keluar dari BN.

Adakah GPS akan menggunakan Logo Burung Hornbill sebagai Logo pilihan raya mereka?

ULASAN:

Perkara-perkara yang disebut di atas adalah statistik dan kedudukan terkini DUN Sarawak.

Realitinya, Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah merupakan satu pilihan raya yang amat penting kepada GPS, BN, UMNO, PAS dan Pakatan Harapan.

KERANA APA?

Kerana Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah merupakan Indikator Awal, keberkesanan penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan.

Senario politik di Sarawak amat berbeza dengan senario politik di Semenanjung.

Setakat hari ini, rakyat Sarawak menolak Politik Kebencian, dan Politik Perkauman, yang dibawa oleh parti politik DAP.

Pengundi-pengundi di Sarawak terbahagi kepada 3 kategori iaitu;

Pengundi Luar Bandar.

Pengundi Pinggir Bandar.

Pengundi Dalam Bandar.

Keadaan Ekonomi yang semakin malap dan merundum juga dapat dirasai oleh Rakyat Sarawak.

Keadaan cacamarba Gabungan Parti Pakatan dapat dirasai oleh rakyat Sarawak.

Walaupun style kepimpinan Allahyarham Tok Nan (bekas Ketua Menteri Sarawak) berbeza dengan Dato’ Abang Joe (CM Sarawak masa kini), tetapi penerimaan kepimpinan Dato’ Abang Joe jelas kelihatan masih diterima majoriti rakyat Sarawak.

Kempen-kempen yang dilakukan oleh PH dan terutamanya DAP masih kurang mendapat sambutan kecuali di bandar-bandar seperti Kuching, Sibu dan Miri sahaja.

Pilihan Raya Negeri Sarawak akan menjadi INDIKATOR AWAL, sama ada rakyat menerima kepimpinan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia atau;

Rakyat sudah mula menolak kepimpinan Dr. Mahathir dan menolak parti-parti Gabungan Pakatan Harapan.

Populariti di media sosial bukanlah satu ukuran yang tepat.

Ukuran indikator yang tepat, adalah apabila undi dimasukkan ke dalam peti undi di Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Apabila undi dikira, pemenang diumumkan. Barulah kita dapat membuat penilaian yang sebenarnya.

Sekiranya, kerajaan pimpinan Dato’ Abang Joe dapat mengekalkan kedudukan jumlah kerusi GPS di DUN Sarawak sebanyak 72 kerusi atau menambah bilangan kerusi tersebut, ia akan memberi satu tamparan hebat kepada kepimpinan kerajaan PH di Putrajaya dan kepimpinan PH Negeri Sarawak.

Sekiranya, Pakatan Harapan dapat menawan negeri Sarawak dari GPS, maka ia akan menunjukkan bahawa rakyat Sarawak sudah menerima kerajaan pimpinan Dr. Mahathir.

Oleh yang demikian, walaupun UMNO dan BN tidak meletakkan calon di PRN Sarawak, keputusan PRN tersebut amat penting untuk BN dan UMNO.

BILA PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK AKAN DIADAKAN?

Dengan keadaan pemimpin-pemimpin Pakatan bercakaran dan mempunyai masalah dalaman, adalah lebih baik PRN Sarawak diadakan seawal mungkin.

Dengan rombakan kecil Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak baru-baru ini, memperlihatkan Dato’ Abang Joe memperkemaskan jentera kerajaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri lebih awal.

Sebaik mungkin, pada awal April 2020 berkemungkinan merupakan antara tarikh-tarikh yang sesuai untuk PRN Sarawak diadakan sekira Dato’ Abang Joe sudah bersedia.

SUMBER PORTAL KAMEK MIAK SARAWAK

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button