Politik

UMNO kena tipu PM Anwar

1. Pengumuman Kabinet PM DS Anwar Ibrahim dilakukan semalam pada hari Jumaat iaitu 8 hari selepas Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Teka-teki siapa Menteri sudah terjawab.

2. Yang amat jelas kelihatan, lebih ramai pihak tidak puas hati daripada yang puas hati.

Ya benar, Kabinet Anwar ini lebih kecil sedikit daripada Kabinet Ismail Sabri.

Kabinet Anwar, 28 Menteri. Kabinet Ismail Sabri 31 Menteri.

3. UMNO-BN kelihatan tertipu dengan susunan Kabinet ini.

PKR mendapat paling ramai Menteri Kabinet iaitu 8 orang. Manakala, DAP hanya dapat 4 orang, Amanah 2 orang dan UPKO seorang.

Jumlah Menteri Pakatan Harapan adalah seramai 15 orang.

UMNO hanya mendapat 6 orang Menteri sahaja iaitu Zahid, Mat Hasan, Khaled Nordin, Dr. Zambry, Azalina dan Tengku Zafrul.

4. Pemilihan Menteri dari UMNO tidak mengikut Haraki atau Kekanan Kepimpinan UMNO.

Ya. Betul. Presiden, Timbalan Presiden UMNO dan seorang Naib Presiden UMNO dipilih oleh Anwar.

Tetapi PM Anwar Ibrahim, tidak memilih Noraini, Ketua Wanita UMNO ke jawatan Menteri Wanita dan Kebajikan.

PM Anwar juga tidak memilih Ahmad Maslan, Setiausah Agong UMNO sebagai Menteri Kabinet.

Kalau dikirakan, Ahmad Maslan lebih kanan daripada Dr. Zambry, Azalina atau Tengku Zafrul.

Azalina bukan Ketua Penerangan ataupun Pengarah Komunikasi seperti Shamsul Nasarah, yang tidak dipilih oleh Anwar. Azalina hanyalah Ahli MKT biasa sahaja.

Lebih parah, nama yang disebut-sebut akan diletak kembali sebagai Menteri Kewangan, iaitu Tengku Zafrul, dilantik sebagai Menteri MITI, bukan Ahli MKT UMNO Malaysia pun.

Tengku Zafrul bukan Ketua UMNO Bahagian pun. Tengku Zafrul hanya Bendahari UMNO Selangor dan Ahli biasa.

Hishammuddin jauh lebih tinggi, iaitu Bendahari BN Malaysia.

5. Manakala, yang paling pelik dan menghairankan adalah ……..

Perjuangan untuk memisahkan seseorang memegang Jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah *Perjuangan Pakatan Harapan.*

Tujuan PH dan Rafizi, (Timbalan Presiden PKR) menghalang seseorang Perdana Menteri daripada melantik dirinya sendiri jadi *Menteri Kewangan* adalah kerana untuk *menghalang kerosakkan ekonomi yang menjadi-jadi* seperti di zaman Najib Razak.

Mat Sabu juga mengutarakan perkara yang sama apabila, ada Projek Mega (besar) Kerajaan dimana ……..

*_”Menteri Kewangan (Anwar), akan minta kelulusan daripada Perdana Menteri (juga Anwar)._*

*_”Dan apabila Menteri Kewangan (Anwar) tidak cukup duit, Anwar akan minta kepada Perdana Menteri (juga Anwar)”

“Maka, Rakyat akan tunggu untuk Anwar (Menteri Kewangan) bincang dengan Perdana Menteri (juga Anwar II), sebelum keputusan Kerajaan dibuat.”

6. Tujuan memisahkan seseorang daripada jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, adalah untuk check dan balance yang berkesan didalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Perkara ini diikut oleh PM Ismail Sabri dan PM Muhyiddin Yassin.

7. Tetapi, Pakatan Harapan dan parti PKR yang cadang, PH yang langgar cadangan ini.

PM Anwar Ibrahim tidak mempedulikan semua ini.

Tidak penting ada check and balance.

Tidak penting, ia akan merosakkan ekonomi negara seperti gesaan Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi.

Tidak penting, ini akan dilihat dengan sinis oleh pelabur-pelabur dari luar.

Anwar tetap lantik Anwar sebagai Menteri Kewangan.

UMNO DITIPU OLEH PAKATAN HARAPAN DALAM PEMBENTUKKAN KABINET

8. UMNO rasa tertipu dalam pembentukkan Kabinet ini.

Mana dia janji-janji mahu memberi portfolio Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran ?

Yang UMNO dapat hanyalah Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (Zahid Hamidi), Menteri Pengajian Tinggi (Khaled Nordin), Menteri Pertahanan (Mat Hasan), Menteri Undang-Undang & Reformasi (Azalina), Menteri Luar (Zambry) dan Menteri MITI (Tengku Zafrul).

Kemungkinan 2 Kementerian ini agak penting iaitu Menteri Kemajuan Desa & Wilayah serta MITI.

Tetapi, dimana janji asal iaitu Kementerian Kewangan dan Pelajaran ?

9. Kesian tenguk Shamsul Nasarah yang diarahkan letak jawatan Menteri untuk menumbangkan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu, tidak mendapat tempatnya semula sebagai Menteri.

PERLANTIKKAN ZAHID, SATU MALA-PETAKA KEPADA PAKATAN HARAPAN.

10. Manakala, kritikan yang paling kuat kedengaran daripada pemimpin DAP, Nga Kor Ming, yang menyatakan bahawa perlantikkan Zahid Hamidi sebagai TPM dan Menteri adalah merupakan satu mala-petaka kepada Pakatan Harapan dan DAP.

Nga yang merupakan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, mempersoalkan perlantikan Zahid, yang masih lagi berhadapan dengan 47 tuduhan Kes Mahkamah.

Perlantikkan Zahid ini akan memburukkan imej DAP dan PH, yang sering menentang isu-isu rasuah didalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan, kata Ng Kor Ming.

Agak mengecewakan apabila Syed Saddiq (Presiden MUDA), Ahli Parlimen Muar, tidak dilantik kedalam Kabinet kerana Syed Saddiq masih lagi berhadapan dengan kes-kes mahkamah.

Manakala, Lim Guan Eng (Pengerusi DAP) juga tidak dilantik kerana masih berhadapan dengan kes mahkamah.

Kenapa pula Zahid Hamidi, bukan sahaja dilantik sebagai Menteri tetapi sebagai Timbalan Perdana Menteri iaitu orang nombor Dua penting selepas PM Anwar Ibrahim.

Sekiranya PM Anwar bercuti atau sakit, Zahidlah yang akan jadi Acting Prime Minister.

11. Sungguh celaru dan huru hara Susunan Kabinet PM Anwar Ibrahim ini.

Apa pun, Rakyat mendoakan yang terbaik untuk Kerajaan pimpinan PM Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

SEKIAN

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button