UMNO hilang daya tarikan apabila menjadi picisan di dalam kerajaan perpaduan
Bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, di dalam kerajaan hari ini UMNO terpaksa mengangkat parti lain yang lebih kecil menjadi guru.
“UMNO parti mahaguru mempunyai jumlah cawangan dan ahli yang besar, sebulan sahaja terpaksa berbelanja RM2 juta sebulan untuk menguruskan parti,” katanya ketika diwawancara oleh Sir Azri di TikTok malam ini.
Kata Annuar, itu belum lagi soal untuk membiayai dan memenuhi permintaan ketua-ketua bahagian, ia lagi melibatkan kos yang banyak.
Bagaimanapun akhirnya, ujar beliau, ia menjadi tidak berbaloi apabila UMNO menjadi parti picisan sahaja.
Para pemimpin yang ada juga, katanya, apabila bertanding sering kalah dan walaupun kalah mereka diberi pangkat yang besar.
Situasi itu, jelas beliau, masyarakat tidak lagi berminat dengan UMNO, terutama golongan muda terus menjauhkan diri.