Politik

UMNO guna wang RM192 juta untuk bayar hutang

SELEPAS mahkamah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulangkan wang berjumlah RM192 juta kepada UMNO, parti itu kini dalam dalam proses menyelesaikan hutang-hutangnya yang tertunggak.

Antaranya untuk tujuan pembayaran gaji kakitangan, paras pembekal kepada program parti, peruntukan sayap-sayap parti dan kegunaan perhubungan UMNO negeri.

Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebagai sebuah parti yang berstruktur dan bertanggungjawab UMNO perlu menjelaskan semua tunggakan tersebut.

Pada masa sama katanya, parti itu perlu membiayai pelbagai program yang tertangguh ekoran akaun disita.

“Apa yang kita hutang, kita akan bayar kerana kita ada hutang-hutang itu. Jadi, kita terpaksa bayar. Bayaran itu kini dalam proses,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Merdeka Community Bonding Perumahan Penjawat Awam Fasa 14-7, Presint 14 Putrajaya.

Pada 7 Februari lalu, UMNO diberikan akses kepada wang bernilai RM192.9 juta yang dibekukan kerana dikaitkan dengan 1MBD sejak Jumaat lalu.

Peguam UMNO Tania Scivetti yang mengesahkan perkara itu berkata, UMNO boleh ekses terhadap wang yang disimpan dalam CIMB Bank itu.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Rayuan pada menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menyekat pengembalian wang berkenaan.

Pada 19 Jun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan pengembalian RM192.9 juta, sementara menunggu rayuannya ke Mahkamah Rayuan.

Peguam CIMB Bank, Rabindra Nathan, menjelaskan kepada mahkamah bank tersebut sudah memberikan akses kepada UMNO untuk dana berkenaan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button