UltraContact UC7: Tayar serba boleh generasi terbaharu Continental
Dengan pengenalan kepada UltraContact UC7, Continental Tyres melancarkan produk Generasi 7 yang pertama di Malaysia.
UltraContact UC7 adalah tayar serba boleh yang mengutamakan keselamatan, dengan penekanan pada keselesaan bunyi yang luar biasa dan jangka hayat memandu yang panjang. Dengan tayar ini, Continental
mentakrifkan semula pengalaman memandu, membawa keyakinan memandu ke peringkat seterusnya dengan teknologi terkemuka terkini – Keyakinan Memandu, Ditakrifkan oleh
Teknologi.
Dengan kejayaan besar produk Generasi 6, Continental telah didorong untuk mempertingkatkan taraf produk yang bukan saja memenuhi keperluan semasa tetapi juga keperluan pasaran yang dapat dijangka.
“Keperluan khusus dan tabiat memandu pengguna sentiasa berubah, dan Continental Tyres komited membawa inovasi berterusan bagi memenuhi keperluan pengguna tersebut. Kami telah membuat pelaburan yang besar untuk pembangunan setiap produk yang kami bawa ke pasaran, dan UltraContact UC7 merupakan hasil yang benar-benar mewakili
penambahbaikan generasi akan datang,” katat Dalibor Kalina, Ketua Jabatan BA Replacement Tires Asia Pasifik.
Berbanding dengan UltraContact UC6 yang bereputasi baik, UltraContact UC7 mencapai peningkatan yang ketara dan cemerlang, terutamanya dalam brek dan kawalan di atas tanah basah. Aspek prestasi lain seperti kecekapan bahan api, brek kering, dan pengendalian juga dipertingkatkan.
Untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang terbaik kepada pengguna, Continental telah membangunkan teknologi terunggul yang memberi tumpuan kepada keperluan pengguna yang unik untuk setiap segmen.
Disesuaikan khas untuk segmen serba boleh, Teknologi Confidence menggabungkan yang terbaik dari teknologi kompaun dan ciri reka bentuk pembinaan kami untuk mencipta tayar muktamad yang tidak berkompromi dengan mana-mana aspek keselamatan, keselesaan, pengendalian, atau jarak perjalanan – memberikan pemandu keyakinan untuk menakluk jalan raya dalam perjalanan seharian mereka, dan mencapai destinasi mereka dengan selamat dan mudah.
Dengan keselamatan di jalan raya sebagai keutamaan kami, setiap produk tayar Continental yang dipasarkan akan melalui ujian demi ujian untuk memastikan prestasinya memenuhi keperluan tertinggi kami dalam semua aspek.
“Kami berbangga dengan teknologi keselamatan kami yang telah diiktiraf selama beberapa generasi. Dengan Vision Zero sebagai keutamaan kami, kami berusaha untuk mencapai sifar kemalangan, sifar kecederaan, dan sifar kematian di jalan raya,” demikian kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.
Untuk merealisasikan UltraContact UC7, pasukan kami di seluruh dunia yang terdiri daripada kira-kira 25 jurutera dan pakar bahan telah mengambil lebih daripada 9,500 jam merekabentuk, membuat simulasi, membina, dan menguji semua prototaip dengan sasaran pengguna dalam fokus.
Semasa fasa pembangunan sahaja, jurutera Continental menjalankan lebih daripada 850 ujian dalam pelbagai keadaan, dengan jarak gabungan yang boleh mengelilingi bumi sebanyak 12 kali.
Seperti yang ditegaskan oleh Bob Liu, Pengarah R&;D Asia Pasifik, “Kami telah meletakkan tayar ini melalui pusingan ujian yang ketat untuk memastikan kami memenuhi tahap jitu kami sendiri dan dapat menyampaikan teknologi tayar canggih kepada pengguna.
“Kami akan terus berbuat demikian seraya mengembangkan lagi portfolio untuk mewujudkan tawaran yang kuat dankompetitif di pasaran.”
Dengan program penyelidikan dan pembangunan intensif ini, Teknologi Confidence+ UltraContact UC7 benar-benar merangkumi “Teknologi Jerman tanpa Kompromi”.
Menampilkan “Diamond DN” – Diamond Compound, Noise Breaker 3.0 dan Aqua Channel Advanced, UltraContact UC7 baharu memberikan tiga kelebihan utama: prestasi basah yang luar biasa, pengurangan bunyi dan jangka hayat memandu yang panjang.
Prestasi basah UltraContact UC7 yang luar biasa adalah daripada jarak brek yang lebih pendek dan cengkaman luar biasa pada jalan licin basah, disebabkan oleh permukaan sipes Aqua Channel Advanced di bahagian tengah corak yang cekap memindahkan air untuk mengurangkan risiko hidroplaning.
Pada masa yang sama, reka bentuk Noise Breaker 3.0 yang inovatif dengan Flow X-celerator memanfaatkan prinsip Venturi Effect untuk mempercepatkan aliran air melalui alur, mempertingkatkan sentuhan permukaan antara getah dan jalan raya.
Ketiga, formulasi Diamond Compoung UltraContact UC7 meningkatkan transformasi tenaga kinetik ke haba pada tahap optimum, justeru memberikan jarak brek yang lebih pendek walaupun di jalan basah.
Kelebihan kedua UltraContact UC7 adalah pemanduan yang lebih senyap dan harmonik akibat penurunan tahap bunyi dan frekuensi getaran yang lebih lancar.
Apabila gelombang bunyi bergerak melalui alur, Noise Breaker 3.0 mengganggu gelombang dengan mengganggu homogeniti alur. Gelombang bunyi dipecahkan dan hilang menjadi ombak yang lebih kecil,
menghalang bunyi bising daripada meningkat dan masuk ke dalam kabin kereta.
Diamond Compound dengan sentuhan bisikan juga menyumbang kepada pengurangan penjanaan bunyi
dengan menyerap impak dari jalan raya.
Kelebihan ketiga ialah jangka hayat pemanduan yang panjang. Rangkaian polimer yang dioptimumkan dalam Diamond Compound memberikan rintangan haus untuk jangka hayat bunga tayar yang berpanjangan dan memastikan ketenangan fikiran sepanjang hayat boleh guna tayar.
UltraContact UC7 dicipta untuk pelbagai jenis kenderaan, boleh didapati dalam saiz tayar 15-18.
Pemandu yang mencari kualiti yang terjamin dalam setiap aspek pengalaman memandu mereka boleh memilih UltraContact UC7 untuk kereta kompak dan bersaiz sederhana, MPV, dan sedan mewah. – SM