Nasional

TVET kunci kejayaan masa depan – Ahmad Zahid

PENDIDIKAN teknikal dan voaksional (TVET)  adalah kunci kepada masa depan yang cerah kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, beliau sering menekankan bahawa betapa pentingnya generasi muda untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran baru untuk bersaing di arena global.

“TVET tidak hanya menyediakan pengetahuan teknikal, tetapi juga membentuk sikap dan kemahiran praktikal yang diperlukan dalam industri. Dengan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan, kita mampu meningkatkan produktiviti dan membawa inovasi dalam semua sektor ekonomi. Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk memajukan TVET.

“Penglibatan 12 kementerian dalam Majlis TVET Negara menunjukkan komitmen kita yang kuat dalam memajukan bidang ini. UP_TVET juga telah diperkenalkan untuk memudahkan pelajar mendaftar masuk ke pusat pembelajaran TVET.

“Selain itu, kerjasama antarabangsa dalam memberikan pendidikan dan latihan TVET juga telah diperluas. Saya sangat yakin bahawa institusi TVET mampu melahirkan tenaga kerja mahir yang pastinya akan mendapat tempat di industri kerana tahap kebolehpasaran yang tinggi,” katanya dalam kenyataan sempena Hari TVET Negara.

Related Articles

Katanya semua itu adalah bukti bahawa TVET merupakan pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka.

“Saya berharap sambutan Hari TVET Negara 2024 hari ini akan menjadi pencetus semangat kepada generasi muda untuk lebih berani menceburi bidang pendidikan teknikal dan vokasional.

“Dengan kemahiran dan latihan yang tepat, kita akan melahirkan tenaga kerja berkualiti yang mampu bersaing di peringkat global.

“Marilah kita bersama-sama membina masa depan yang lebih cerah dan memastikan Malaysia terus maju dan makmur.

“Dikesempatan ini juga, saya ingin menjemput orang ramai untuk hadir ke Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat pada 7 dan 8 Jun ini bagi memeriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2024. Jumpa anda disana,” katanya. – SM 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button