Nasional

Tun M hargai ucapan hari jadi termasuk dari Najib, Putin

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang genap berusia 95 tahun hari ini terharu dengan ucapan dan doa yang diterima daripada rakyat sempena hari jadinya.

Ahli Parlimen Langkawi yang dua kali dipilih untuk memimpin negara itu ternyata terharu dengan ucapan yang disampaikan oleh pelbagai lapisan rakyat dan masyarakat di media sosial.

Malah Dr. Mahathir juga berasa terharu kerana ramai yang mengingati hari jadinya walapun dia tidak menjangkakan rakyat akan mengingati tarikh tersebut.

Dr. Mahathir berkata, dia berasa terharu dengan ucapan yang disampaikan dan mengambilnya sebagai satu semangat untuk melakukan yang terbaik untuk negara.

Beliau turut berterima kasih kepada Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut menyampaikan ucapan hari jadi melalui media sosia.

“Saya sangat menghargainya. Malah saya lihat Datuk Seri Najib juga memberikan ucapan. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada dia.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua ucapan yang baik-baik ini yang bagi saya amat penting kerana saya rasa gembira kerana saya masih diingati oleh ramai orang.

“Walaupun ini adalah hari jadi saya, saya tidak jangka untuk mereka mengingatinya, tapi bila ramai yang mengingatinya

Ucapan terima kasih itu disampaikan oleh Dr. Mahathir dalam klip video yang dikongsi beliau di Facebooknya.

Dalam video itu kelihatan beliau diraikan termasuk oleh isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang turut menyuapkan kek kepada Dr. Mahathir. Ada saat kelihatan Dr. Mahathir sebak di dalam video tersebut.

Dr. Mahathir turut menerima ucapan daripada Presiden Rusia Vladimir Vladimirovich Putin melalui Duta Besarnya ke Malaysia.

“Pagi ini Duta Desar Rusia ke Malaysia datang, malah dia ada surat daripada Putin yang mengucapkan selamat hari jadi.

“Saya tidak ada ucapan daripada pemimpin lain tapi saya menghargainya pemimpin lain ingati.

“Saya ucapkan terima kasih atas ucapan ini. Ini sangat menyentuh perasaan. Ia berikan saya insentif untuk melakukan yang terbaik buat negara terima kasih,” kata Dr. Mahathir.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button