Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).
Perkara itu disahkan oleh sumber parti itu, bagaimanapun Dr Mahathir dikatakan akan kekal sebagai Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA).
Setakat ini, tiada pengumuman secara rasmi dilakukan oleh parti itu lagi.
Difahamkan, Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) PEJUANG kedua akan diadakan pada 14 Januari depan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Dr Mahathir yang bertanding di Parlimen Langkawi tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang memperoleh majoriti 13,518 undi.
Pada PRU15 juga, PEJUANG gagal memenangi sebarang 125 kawasan yang dipertandingkan, malah ramai calonnya hilang wang deposit.
Dr Mahathir bagaimanapun akur dan menerima pilihan rakyat dengan hati yang terbuka, malah beliau akan memberi tumpuan kepada bidang penulisan dan turut terbuka untuk ditemuduga penulis.