Belang Bertempat

Kerajaan kembiri luar tabii

APABILA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin utama parti gabungan Kerajaan Perpaduan menandatangani perjanjian menyokong Anwar, ia menjadi satu tanda aras yang luar biasa.

Ini sekaligus menjadikan kerajaan ini sebagai “kerajaan kembiri luar tabii”. Wakil rakyat tidak boleh membantah apa yang dikehendaki atau diputuskan oleh kerajaan.

Teringat saya bagaimana hamba abdi dikembiri atau dikasi atau dipondankan supaya mereka menjadi insan lemah dan tidak meniduri dayang-dayang istana.

Insan yang dikembiri ini adalah yang paling taat setia sehingga mereka tidak mempunyai kehidupan mereka sendiri.

Jika mereka tidak mengikut cakap raja mereka akan dibunuh atau diusir dari istana.

Setelah seumur hidup menjadi hamba di istana, kehidupan di luar bukanlah sesuatu yang mudah.

Dalam hal politik negara, wakil rakyat bukanlah hamba abdi, sebaliknya mereka adalah wakil kepada pengundi.

Jika mereka hanya menjadi pak turut dalam semua hal, itu merupakan satu pengkhianatan terhadap kepercayaan para pengundi.

Apatah lagi majoriti pengundi Melayu tidak mahu bertuankan Anwar dan Datuk Seri Zahid Hamidi yang mempunyai pelbagai hal yang sukar dicerna minda.

Namun dengan komplot akhirnya mereka berjaya memperdayakan Yang di-Pertuan Agong dengan mendakwa mempunyai cukup sokongan membentuk kerajaan.

Dengan menggunakan titah Yang di-Petuan Agong mereka mencipta naratif palsu bagi menarik sokongan rakyat dan para pemimpin parti lain untuk bergabung.

Oleh itu Anwar perlu mengikat para pemimpin berkenaan dengan ancaman undang-undang bagi memastikan sokongan tidak terlerai.

Sehari dua ini mungkin para wakil rakyat tidak memberontak, namun apabila mereka merasakan kedudukan terancam dan tidak sejalan kehendak mereka pasti ada yang bertindak songsang dengan menyokong pihak lawan yang boleh menyebabkan kerajaan tumbang sebagai mana berlaku “Langkah Sheraton” menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Bagaimanapun undang-undang ciptaan manusia sentiasa ada kelemahannya dan pasti ada mereka yang menerokai kelemahan itu, apatah lagi perjanjian itu melanggar Perlembagaan negara dan bersifat kuku besi.

Namun pada 19 Disember ketika undi percaya diyakini tidak akan ada wakil rakyat di dalam kerajaan bertindak luar biasa kerana masih dalam mood berbulan madu.

Tempoh lima tahun sangat panjang dan macam-macam boleh berlaku. Mungkin Anwar sendiri akan membubarkan sendiri parlimen lebih awal kerana tidak tahan mengendali “haiwan sarkas” ciptaannya.

 

 

 

(Visited 1,455 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button