
Tun Abdullah, satu satunya PM ada latar belakang pengajian agama – Mujahid
PERDANA Menteri Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang mempunyai latar belakang pengajian agama Islam dari Universiti Malaya (UM).
Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Allahyarham mendaki karier politik secara berperingkat dan melalui pelbagai pengalaman pentadbiran eksekutif negara.
Katanya, dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Menteri Pelajaran, Menteri Pertahanan, Menteri Luar Negeri dan Timbalan Perdana Menteri (TPM).
”Tidak hairanlah sejurus beliau diberi amanah mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2004, Allahyarham memperkenalkan Islam Hadhari atau Civilizational Islam.
Menurut Mujahid, Allahyarham yang lebih mesra dipanggil ‘Pak Lah’ menyerlahkan idea beliau tentang kepimpinan negara melalui gagasan Islam Hadhari.
”Selama sepenggal lebih beliau memegang jawatan Perdana Menteri kerajaan di bawah BN menikmati kestabilan apabila dalam PRU 2004, kebanyakan kerusi Parlimen dimenangi Barisan Alternatif iaitu gabungan pembangkang Pas, KEADILAN dan DAP pada 1999 dapat dirampas semula.
”Antara alasan yang diberikan adalah pembangkang kembali dengan lebih kuat menafikan 2/3 majoriti yang dinikmati BN selama ini,” kata Mujahid.