Tular diboikot, grup #BMF sokong penanam tembikai
BARU-BARU ini tular dalam laman sosial mengenai seorang peniaga tembikai yang berdepan masalah untuk menjual hasil tanamannya yang dikatakan tidak lagi dibeli oleh pemborong bukan Melayu.
Akibatnya peniaga Melayu dari Sungai Siput itu terpaksa menjual hasil tanamannya sendiri di tepi jalan besar di Meru Raya dekat sini.
Simpati orang ramai
Tanpa diduga, nasib peniaga berkenaan mendapat simpati daripada masyarakat setempat yang beramai-ramai membeli jualan lelaki berkenaan.
Tinjauan Perak Gazette mendapati orang ramai menyerbu tempat jualan peniaga tersebut hari ini.
Pembeli berebut
Para pembeli berebut-rebut membeli jualan tersebut sambil memberikan kata-kata semangat kepada peniaga tersebut.
Pembeli berkata mereka mendapat tahu mengenai perkara itu menerusi media sosial dan tidak bertangguh lagi untuk membantu peniaga tersebut.
Tembikai RM1 sekilogram
Dengan harga jualan istimewa iaitu RM1 sekilogram, ramai yang membeli dalam kuantiti yang banyak dengan niat untuk membantu peniaga tersebut.
Malah berpuluh-puluh kereta diletakkan berhampiran tempat jualan ketika orang ramai membeli.
Dipetik dari Perak Gazette