KesihatanNasional

Tular berita palsu dan basi: HKL nafi tempatkan pesakit dalam ruangan tandas

HOSPITAL Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan terdapat pesakit yang ditempatkan dalam ruangan tandas seperti yang tular di media sosial.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengesahkan, mesej dan video yang disebarkan itu adalah rakaman lama.

Dalam kenyataan hari ini, HKL menjelaskan keadaan itu berlaku pada 19 Julai lalu yang menunjukkan kesesakan di Jabatan Kecemasan HKL.

“Ruang itu ialah bilik dekontaminasi jabatan itu yang berfungsi bagi pengasingan pesakit berjangkit seperti kes wabak Covid-19,” katanya.

Mereka menjejaskan situasi terkini di Jabatan Kecemasan HKL adalah terkawal.

“Orang ramai khasnya warganet dinasihatkan agar tidak mempercayai berita yang ditularkan itu dan sentiasa merujuk terus laman akaun sosial rasmi HKL untuk maklumat sahih,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button