Politik

Tukang urut ditahan muat naik hantaran mengharapkan rumah PM dibom

Seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun ditahan oleh sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda gara-gara memuat naik hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibarhim.

Lelaki yang merupakan tukang urut itu menggunakan nama akaun Facebook ‘JoeJebat Tajudin’ ditahan pada pukul 2.30 petang di Taman Desa Budiman, Bidong.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dalam perkongsian ugutan itu suspek memuat naik kapsyen berbaur ugutan dengan mengharapkan rumah Perdana Menteri diletupkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, memberi keteragan semasa sidang media. Kreadit photo : PDRM

“Dalam kapsyen itu, Joe Jebat menyatakan ayat ‘Memang sempoi kalau letupan macam itu kt rumah PMX yang menzalimi para pencarum KWSP.

“Mudah-mudahan Allah SWT akan cabut nyawa PMX dalam masa terdekat ini.. Amin,” katanya semasa membacakan ucapan hantaran itu dalam sidang media di Bukit Aman semalam.

Tambahnya lagi tindakan terhadap JoeJebat Tajuddin, ini diambil selepas laporan polis diterima pada jam 3.24 petang, 26 Jun lalu sebelum dia ditahan semalam.

“Lelaki ini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Siasatan mendapati suspek turut memiliki rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan narkotik,” katanya.

Artikle Berkaitan :>

“Ada satu gerakan di Kedah tidak mahu pemimpin gaduh”- PMX

Tiga pengganas ugut mahu bunuh Tun Mahathir sudah ditahan awal tahun lalu

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button