Alam SekitarNasional

Tuan Ibrahim tinjau kualiti udara Pasir Gudang

MENTERI Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini meninjau sistem pengawasan kualiti udara pada masa nyata yang ditempatkan di Pasir Gudang, dekat sini.

Menerusi laman rasmi Facebooknya, Tuan Ibrahim  berkata sistem berkenaan akan memberi amaran awal jika berlaku sebarang insiden pencemaran udara yang akan disalurkan kepada Jabatan Alam Sekitar secara automatik.

Stesen pengawasan pemantauan kualiti udara secara nyata di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang itu antara 25 lokasi yang ditempatkan sistem berkenaan.

Terdahulu, Tuan Ibrahim turut membuat tinjauan di stesen pemantauan udara dan kawasan sungai di mana berlakunya insiden pencemaran Sungai Kim Kim, Mac tahun lepas.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Norlin Jaafar.

Tahun lepas, dua episod pencemaran berlaku di kawasan Pasir Gudang dalam tempoh berselang hanya tiga bulan iaitu pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim pada Mac, disusuli pencemaran udara pada Jun. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button