JenayahNasional

Pemandu warga India, OKU, mabuk ditahan polis

POLIS Langkawi menahan seorang pelancong dari India selepas lelaki kurang upaya itu yang melanggar beberapa buah kenderaan di Jalan Pantai Chenang di sini, disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata dalam kejadian 8.20 pagi itu, lelaki tersebut yang tiada kaki kiri, melanggar kenderaan yang diletak di kawasan letak kereta sebuah chalet di situ.

“Kemalangan berlaku apabila lelaki itu yang datang dari arah Jalan Pantai Chenang masuk ke kawasan parkir Langkapuri Inn untuk ke kedai runcit.

“Ketika membuat pusingan ‘U’ di kawasan parkir tersebut, suspek telah hilang kawalan dan melanggar kereta di sebelah kiri jalan menyebabkan kereta itu ditolak lalu melanggar sebuah lagi kereta di sebelahnya.

“Kemudiannya suspek terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar dua lagi kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata suspek ditahan selepas gagal ujian saringan awal pernafasan.

“Lelaki itu juga didapati tiada lesen memandu,” katanya, menambah kes disiasat menurut Seksyen 54A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

(Visited 511 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button