Nasional

Tragedi hari pertama sekolah, pelajar parah jatuh dari tingkat 3

KETIKA satu negara kelam kabut dengan sistem persekolahan baharu, tragedi berlaku di hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya, Kuching.

Ini ekoran seorang pelajar cedera parah akibat terjatuh dari tingkat tiga sekolah tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian berlaku sekitar pukul 6.30 pagi ketika pelajar itu berada berhampiran kelasnya.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani memberitahu menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7 pagi.

“Mangsa merupakan pelajar tingkatan lima aliran sains berumur 17 tahun,” katanya dan menambah mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) .

Awang Din berkata, punca kejadian masih dalam siasatan polis.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button