Rencah Hidup

Tolong Melayu, dipermainkan Melayu

SETIAP hari kita lalui kehidupan masing-masing dengan sentiasa mengingatkan diri agar bersangka baik. Bukan mahu merendahkan anak bangsa sendiri tetapi apabila dipermainkan oleh saudara sesama kaum atau agama, ia amat menduga kesabaran kita.

Pastinya ramai yang pernah menggunakan ayat berbunyi, TOLONG MELAYU, DIPERMAINKAN OLEH ORANG MELAYU. Sekarang ayat ini kalau kena atas batang hidung sendiri, mestinya akui kebenarannya.

Namun ada juga akan berkata, kenapa nak angkat bangsa? Kenapa nak kata Melayu tipu Melayu sedangkan kaum lain juga, ada yang mempermainkan sesama mereka.

Ini bukan kenyataan pukul rata atau secara umum tetapi ayat ini membawa banyak maksud termasuklah peribahasa, ‘melepaskan anjing yang tersepit’ dan ‘kacang lupakan kulit’.

Dalam keadaan sekarang, dalam situasi hari ini ramai yang harus pentingkan diri sendiri. Melihat pada periuk nasi sendiri dan memijak di atas batu loncatan.

Asalkan lepas pucuk masing-masing, itu sudah mencukupi dan tempoh waktu yang dijanjikan, lama kelamaan akan menjadi basi.

Itu tidak termasuk menjadi individu yang besar kepala. Salahkah apa yang dinyatakan ini atau takut kepada kecaman daripada netizen?

Apabila kita mahir dalam bidang sendiri, kita akan berpegang teguh padanya tetapi jika itu bukan bidang kita, kalau ditempuh, silap haribulan, mati terkena renjatan elektrik.

Menipu ada yang secara kasar, ada yang secara halus iaitu dengan mencadangkan itu dan ini sedangkan hakikat sebenarnya, tidak perlu mempercayai kepada cadangan yang diberi.

Sukar untuk mendapatkan orang yang jujur dalam bidang yang bertentangan dengan kemahiran diri sendiri, maka dengan mudahnya orang mengambil kesempatan ke atas diri kita.

Sudah lebih seminggu kerja-kerja yang dilakukan oleh Azman tidak dilangsaikan dan pandai pula memberi alasan seperti kereta rosak.

Setakat ini, belum pula terima alasan Azman terkena renjatan elektrik kerana dia yang membuat kerja-kerja menukar fius box bagai.

Cakap pun tak guna, kita kasi kiasan sahaja. Nama Azman memang nama individu yang menipu secara baik dalam bidang yang bukan bidang kita.

Inilah antara Rencah Hidup yang dikongsikan malam ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button