Nasionalpilihan

Tolong bayar pampasan kami!

Kira-kira 243 nelayan dan awak-awak daripada lapan pengkalan nelayan dari Pantai Kundor hingga Klebang merayu kerajaan negeri campur tangan berhubung pampasan yang masih belum dijelaskan hingga kini oleh Tanjung Bruas Port ataupun Kumpulan Melaka Berhad (KMB).

Pampasan tersebut dituntut oleh nelayan dari Sungai Lereh, Klebang, Balik Bukit, Pengkalan Perigi, Pantai Jaring, Pantai Rombang, Pantai Kundor dan Tanjong Kling berhubung projek pemanjangan jeti sepanjang 50 meter.

Khairulazni Baharuddin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Kling, Khairulazni Baharuddin berkata, timbul runggutan daripada nelayan terbabit yang menyatakan sehingga sekarang bayaran pampasan yang dijanjikan masih belum diselesaikan.

Menurutnya, walaupun Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sudah mengarahkan Tanjung Bruas Port untuk segera membayar pampasan pada Mac 2021 namun sehingga kini pihak terbabit langsung tidak ambil peduli.

“Sebelum ini pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pantai Kundor sudah mengadakan rundingan dengan Tanjung Bruas Port dan KMB serta nelayan terbabit tetapi tidak ada penyelesaian.

Related Articles

“Hari ini pihak nelayan mahu membangkitkan mengenai tuntutan mereka yang sudah berlarutan selama tiga tahun dan berharap pihak kerajaan negeri campur tangan semula bagi menyegerakan bayaran tersebut,” ujarnya kepada pemberita di pengkalan nelayan Tanjong Kling di sini hari ini.

Rosli Ahmad

Ketua Nelayan Pantai Puteri, Rosli Ahmad, 53, berkata, pihak Tanjung Bruas Port dan KMB perlu memberi penjelasan terperinci mengapa mereka tidak mahu menjelaskan pampasan yang dijanjikan yang sudah berlarutan selama tiga tahun.

“Sejak 2021 mereka berjanji akan menjelaskan bayaran pampasan tetapi apa yang dijanjikan sehingga kini tidak ditunaikan. Jadi kami daripada lapan pengkalan menuntut isu ini perlu
diselesaikan segera,” katanya.

Justeru katanya, dia berharap pihak kerajaan negeri untuk campurtangan semula dalam menyelesaikan isu tersebut.

Seorang nelayan, Abdul Zamzuri Abdullah, 53, dari pengkalan Perigi berkata, seluruh nelayan kesal dengan sikap Tanjung Bruas Port seolah-olah mengelak daripada menjelaskan bayaran pampasan yang dijanjikan.

“Ini projek fasa satu pemanjangan jeti sepanjang 50 meter pun belum dibayar dan bagaimana lima fasa yang mereka rancang tidak kah nasib kami diabaikan,” ujarnya.

Katanya, pemanjangan jeti tersebut memang menjejaskan sumber pendapatan nelayan pukat hanyut
kerana ruang mereka semakin sempit dan sukar mencari sumber pendapatan menyara keluarga. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button