Politik

Tok Pa pencen dari politik, bukan lagi ahli Bersatu

VETERAN Politik, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa berkata beliau sudah pencen dari politik termasuk melepas jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam Bersatu.

“Merujuk kepada kenyataan YB Dato’ Kamaruddin Mohd Nor, Pengerusi BERSATU Kelantan seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal mengenai calon pilihan raya di dua kawasan di Kelantan iaitu Parlimen Jeli dan Parlimen Gua Musang.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya telahpun meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam parti BERSATU pada 30 September 2023.

“Saya mengulangi sekali lagi kenyataan yang dikeluarkan pada 2 November 2022 bahawa saya sudah β€˜pencen’ daripada politik apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya dalam kenyataan – SM.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button