Tok Det menyemai budi, bukan memancing undi
Hujan renyai ranyai yang turun sejak petang seakan-akan menambahkan kedamaian sepanjang perjalanan kami di Padang Terap. Tidak seperti apa yang kami lihat di tempat lain sebelum ini, Padang Terap tidak panas cuaca politiknya.
Rata-rata mereka yang kami temui akan berkata “Kami undi Tok Det. Dia dah banyak tolong kami”. ‘Tok Det’ ialah panggilan mesra bagi Naib Presiden UMNO ini yang menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan ini sejak 2013. Paling menarik ialah ramai juga yang berkata “Tak mau gaduh gaduh. Kami undi Tok Det”.
Ketika kami tiba di destinasi yang dituju, khemah yang disediakan telah sarat dipenuhi orang ramai walaupun hujan masih tidak menunjukkan tanda- tanda untuk berhenti. Kumpulan Hijaz turut mengambil peluang untuk menghiburkan mereka sebaik saja PU Rahmat menamatkan kuliahnya. Namun setiap kali kenderaan tiba, hadirin memanjangkan leher dan menjenguk untuk meilihat sama ada yang tiba itu ialah Tok Det yang mereka tunggu tunggu.
Akhirnya sosok yang mereka nanti-nantikan pun tiba. Ketibaannya tanpa diumum, tanpa iringan dan yang pentingnya tanpa kepura -puraan. Begitu tinggi budi Mahdzir Khalid.
Beliau kemudian diminta berucap. Ucapannya amat ringkas, tanpa propaganda atau kata kata menghina. “Hari Sabtu ini hari raya (pilihanraya). Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah mengundi saya dalam PRU yang lepas. La saya mohon sekali lagi untuk tuan- puan, adik, kakak untuk memberi undi pada saya pada hari Sabtu ini.”
Lebih daripada seorang ahli politik, Mahdzir selayaknya dikenali sebagai seorang pemimpin dalam ertikata sebenar kerana kebajikan rakyat amat dekat di hatinya. Ketika ramai yang sedang memancing undi, Mahdzir telah lama menyemai budi.