Titah Diraja pembukaan penggal ke-3 Parlimen ke-14
Yang Di-Pertua Dewan Negara, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat; Ahli-ahli Dewan Negara dan Ahli-ahli Dewan Rakyat sekelian.
Alhamdullilah bersyukur beta ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana telah melimpahkan kurniaan dan keizinanNya kepada kita semua pada hari ini untuk bersama-sama dalam istiadat pembukaan penggal ke-3, Parlimen ke-14.
Lebih bermakna apabila istiadat ini berlangsung dalam bulan Ramadan iaitu bulan yang penuh keberkatan dan menjadi penghulu kepada sekalian bulan.
Istiada pada pagi ini diadakan dalam suasana yang agak berbeza dari norma dan kelazimanya. Ketika ini negara kita masih lagi dalam usaha memerangi penularan wabak Covid-19 yang telah mula-mula dikesan menjangkiti rakyat Malaysia pada awal bulan Februari yang lalu.
Namun demikian kita telah menghadapi dan menangani wabak ini dengan bersatu pada. Sebagai sebuah bangsa Malaysia yang kuat, cekal dan berdisiplin.
Dalam saat getir ini petugas barisan hadapan negara terutamanya perkhidmatan kesihatan, Angkatan tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan lain-lain agensi yang turut terlibat telah tampil dengan penuh dedikasi yang tinggi menghadapi serangan wabak ini.
Pengorbanan mereka tidak pernah mengenal erti pernat mahupun takut hinggakan nyawa dan keselamatan diri sendiri menjadi taruhan demi menjaga kemaslahatan dan kepentingan orang ramai.
Justeru sebagai tanda penghargaan negara marilah bersama-sama dengan beta untuk berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada semua wira dan wirawati petugas barisan hadapan negara.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Pada 24 Februari 2020 yang lalu neratif lanskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-7.
Sekitar jam 5.00 petang pada hari yang sama beta telah berkenan menerima menghadap Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad untuk tidak meletak jawatan namun beliau tetap dengan keputusannya.
Oleh yang demikian beta bertanggungjawab untuk melantik seorang perdana menteri yang baharu seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 43 memberi kuasa budi bicara kepada beta untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat beta mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
Lantaran itu pada 25 dan 26 Februari beta telah mengadakan sesi pertemuan secara berseorangan dengan Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menilai sendiri sokongan kepercayaan mereka.
Pada 29 Februari 2020 beta telah menitahkan semua parti-parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat untuk mencalonkan nama sorang Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.
Atas permintaan beberapa ketua parti politik beta telah berkenan pula untuk melanjutkan tempoh masa bagi parti-parti politik mengemukakan pencalonan mereka agar masa yang cukup diberikan dalam mereka membuat perhitungan secara demokrasi.
Sudah tentu setiap pertandingan pasti akan ada penamatnya. Kemelut politik negara tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan dengan tanpa ada penghujungnya.
Lantara itu setelah melalui semua proses tersebut dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, beta telah mendapati Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat dan dengan demikian selayakknya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8,
Sesungguhnya beta telah menggalas amanah dengan telus dan adil selaras dengan konsep raja berpelembangaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita.
Pada masa sama beta juga menghargai kematangan dan kerjasama semua ahli-ahli yang berhormat dan rakyat jelata yang telah memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika sehingga membolehkan beta menggalas amanah ini.
Kepada kerajaan beta di dawah kepimpinan memanda perdana menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Yassin, beta meneruh keyakinan bahawa usaha-usaha membawa negara untuk terus mendaki persada kejayaan yang lebih tinggi akan menjadi kenyataan.
Nasihat beta, laksanakan amanah ini dengan jujur dan penuh tanggungjawab serta jangan sekali-kali mengabaikan kesejahteraan rakyat jelata.
Ahli-ahli yang berhormat.
Sesungguhnya cabara yang dihadapi negara datang daripada pelbagai sudut. Negara kini berhadapan dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Kejatuhan harga mintak, perang perdagangan khususnya antara Amerika Syarikat dan China, halangan dan sekatan perdagangan oleh negara tertentu, komoditi yang dikaitkan dengan isu alam sekitar, pergolakan politik di beberapa negara dan yang terbaharu penularan wabak Covid-19.
Semua ini telah memberi kesan kepada Malaysia yang mengamalkan ekonomi terbuka. Beta berkeyakinan kerajaan beta akan terus berusaha meminimumkan kesan buruk kepada rakyat dan negara.
Kedatangan wabak virus Covid-19 yang melanda dunia dan negara, telah turut memberi kesan kepada ekonomi serta kesihatan dan kehidupan rakyat jelata. Belum pernah negara berhadapan dengan wabak yang sebegini serius sebelum ini.
Dalam menghadapi wabak ini, fokus utama kerahaan beta adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat jelata sentiasa terjamin dan terbela. Ini termasuklah dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dan membantu membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di luar negara.
Beta memahami banyak industri dan perniagaan terjejas akibat wabak ini. Namun beta menyeru kepada para majikan untuk tidak membuang pekerja dengan sewenang-wenangnya. Semua pihak hendaklah bersedia melakukan pengorbanan demi meringankan bebanan rakyat jelata dan juga menyelamatkan ekonomi negara.
Beta turut berharap kerajaan memberi tumpuan untuk membantu syarikat dan perniagaan yang terkesan teruk seperti industri pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana.
Beta berharap inisiatif-inisiatif yang diambil oleh Majlis Tindakan Ekonomi termasuk memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah 260 bilion ringgit bagi melindungi kebajikan rakyat dan menyokong industri serta perusahaan kecil dan sederhanan enagara akan segera dirasai impaknya.
Pakej tersebut adalah sesuatu yang amat besar dan luar biasa. Justeru ia perlu sokongan sepunuhnya oleh semua pihak. Beta yakin dengan kerjasama dan kesepakatan yang jitu, cabaran yang kita hadapi ini akan dapat kita tangani bersama. Insya-Allah.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Di sebalik usaha-usaha kerajaan, beta juga berasa bimbang melihat polarisasi kaum yang masih wujud ketika ini.
Pada hemat beta, sebarang bentuk tindakan provokasi dan fahaman serta nilai yang bertentangan dengan norma, adat dan undang-undang, biarpun dilakukan oleh segelintir pihak perlu dibendung sebelum ia merebak dan menjadi barah kepada kestabilan negara.
Setiap kaum perlu menunjukkan sikap dan tauladan yang jujur untuk mengeratkan hubungan dalam usaha mengukuhkan lagi kesepaduan sosial dan integrasi nasional.
Beta menyambut baik pelaksanaan pelan tindakan perpaduan negara bagi memastikan agenda perpaduan nasional dapat diterapkan secara menyeluruh menerusi elemen-elemen kepercayaan dan jati diri yang teguh berlandaskan kepada prinsip Rukun Negara.
Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan terus dipertahankan. Selaras dengan ajaran Islam yang syumul dan dipacu oleh prinsip maqasid syariah beta mahu kerajaan mewujudkan pentadbiran agama Islam yang inklusif, progresif, membentuk hubungan etnik dan agama yang harmoni, menyantuni kemanusiaan dan peradaban ke arah kesejahteraan sejagat.
Pada masa yang sama, kerajaan beta akan terus mempertahankan hak-hak penganut agama lain untuk terus bebas mengamalkan agama mereka secara berhemah dan aman.
Menyentuh aspek keselamatan negara, beta berharap kerangka strategi dan dasar pertahanan masa hadapan negara perlu mengambil kira kepentingan diplomasi pertahanan, dasar luar negara yang pragmatik, triti antarabangsa dan kedudukan geopolitik negara di rantau Asia-Pasifik.
Peningkatan aktiviti ketenteraan dua kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China di Laut Cina Selatan mutakhir ini wajar diberikan perhatian. Oleh kerana itu Malaysia hendaklah sentiasa peka kepada domain maritim negara disamping terus merangka strategi untuk mendukung aspirasi geo-politik negara.
Pada masa yang sama tahap keselamatan dalam negara hendaklah terus dipertingkatkan terutamanya dalam menangani pelbagai jenayah, penyalahgunaan dadah, penyeludupan dan juga pemerdagangan manusia.
Selain itu kerajaan beta hendaklah juga merangka pendekatan yang komprehensif dalam menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin yang boleh menimnulkan pelbagai masalah dari aspek ekonomi, sosial dan keselamatan negara.
Sempadan negara yang terbuka luas perlu terus diperkukuhkan dalam usaha mengekang laluan rentas sempadan pendatang asing tanpa izin.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Kerajaan beta akan terus merancang, memperkenalkan serta melaksanakan pelbagai program dan inisiatif bagi merancakkan aktiviti ekonomi untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan rakyat. Ke arah ini, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 akan menjadi pencetus kepada hala tuju baharu pembangunan negara,
Wawasan ini bermatlamat supaya segenap lapisan rakyat dapat mengecap taraf hidup wajar dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama serta inklusif. Selain itu jurang ekonomi dan pembangunan antara kelas pendapatan, wilayah, etnik dan rantaian bekalan akan dirapatkan.
Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan dibentangkan di dewan yang mulia ini adalah merupakan fasa pertama Wawasan kemakmuran Bersama 2030. Beta yakin dasar dan strategi rancangan tersebut yang dirangka melalui penglibatan pelbagai pihak akan dapat meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara yang akhirnya dapat meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara yang akhirnya akan dinikmati oleh rakyat jelatan keseluruhannya.
Menyedari pentingnya suntikan pelaburan bagi merancakkan ekonomi negara, kerajaan beta akan terus mempermudahkan urusan perniagaan bagi meningkatkan aktiviti pelaburan.
Hal ini termasuklah keperluan mengemas kini undang-undang, proses kelulusan dan insentif sedia ada. Beta menyeru agar proses kelulusan terutamanya projek berimpak tinggi hendaklah ditambah baik agar ianya cekap dan pantas bagi mebarik lebih banyak pelaburan berkualiti.
Selaras dengan revolusi industri ke-4, beta menyambut baik dasar untuk mewujudkan eko-sistem yang menyokong industri melalui penyediaan dana dan insentif, pembangunan prasarana sokongan serta rangka kerja kawal selia.
Sumber pertumbunan baharu yang berkembang pesat seperti teknologi 5-G, kecerdasan buatan, internet of things dan analitis data raya akan diperhebatkan. Beta menggesa pemain industri agar turut mempergiatkan usaha sebagai pelengkap kepada inisiatif yang dibawa oleh kerajaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Kerajaan beta akan terus berusaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat termasuk dalam bidang keusahawan yang menjadi antara nadi utama pembangunan ekonomi negara.
Beta menyambut baik strategi dan inisiatif bagi membangunkan lebih banyak perusahan kecil dan sederhana ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang tahun 2030.
Untuk memastikan negara sentiasa di hadapan dalam pelbagai bidang, kemajian revolusi industri ke-4 hendaklah dimanfaatkan untuk meningkatkan akses dan kesaksamaan pendidikan, selain penekanan kepada pembentukan ilmu, kemahiran serta sahsiah.
Pendidikan di era pasca Covid-19 akan berhadapan dengan kelaziman baharu atau the new normal.
Justeru kolaborasi institusi pendidikan dengan pelbagai pihak yang terlibat juga perlu dipergiat bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
Beta berharap pelaburan dalam penyelidikan, pembangunan dan inovasi akan terus dipertingkatkan agar dapat menyediakan modal insan yang diperlukan bagi mendepani perkembangan semasa khususnya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
Beta juga amat menyokong pemerkasaan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional atau T-VET untuk mempersiapkan golongan belia menghadapi cabaran baru alam pekerjaan.
Kerajaan beta akan terus berusaha untuk merapatkan jurang pembangunan dan ekonomi antara negeri dan wilayah.. Ianya merangkumi usaha untuk meningkatkan mobiliyi rakyat dengan menambah baik rangkaian dan infrastruktur asas serta pengangkutan termasuk memantapkan lagi sistem pengangkutan awam yang sekaligus bakal menyokong industri logistik negara.
Bagi meningkatkan lagi kesejahteraan rakyat dan merapatkan jurang pembangunan di Sabah dan Sarawak, kerajaan beta telah mengambil langkah menerusi pelaksanaan projek-projek infrastruktur kritikal di kedua-dua negeri tersebut.
Beta berhadap rakyat di Sabah dan Sarawak akan dapat menikmati jaringan perhubungan dan kemudahan yang berkualiti dan lebih baik. Kawasan pedalaman di Semenanjung juga akan terus diberi perhatian sama, terutamanya di penempatan masyarakat Orang Asli.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Perkembangan terkini menunjukkan lebih dua pertiga rakyat Malaysia tinggal di bandar. Serentak dengan itu kesejahteraan masyarakat bandar akan terus dipertingkatkan. Bagi meningkatkan pemilikan rumah kerajaan beta telah merangkat dasar perumahan mampu milik negara dan wewujudkan skim sewa milik. Melalui inisiatif tersebut diharap lebih ramai golongan B40 dan M40 serta golongan belia yang berkelayakan dapat memiliki kediaman sendiri.
Sebagai kerajaan yang prihatin masalah kos sara hidup rakyat akan terus ditangani dengan sebaik mungkin. Langkah telah diambil bagi mencegah unsur monopoli, wewujudkan persaingan yang sihat, meningkatkan penghasilan produk berkualiti dengan harga yang munasabah serta kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta.
Inisiatif seperti program penyeragaman harga, kempen beli barangan buatan Malaysia dan subsidi bersasar akan terus ditambah baik untuk membantu rakyat menangani isu kos sara hidup.
Kerajaan beta akan meneruskan usaha untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat jelata terutamanya kanak-kanak, wanita, warga emas yang rentan, orang kurang upaya dan golongan yang memerlukan.
Bagi memperkukuhkan perlindungan dan hak kanak-kanak pula, usaha diambil bagi memastikan mereka tidak di eksploitasi dalam apa-apa bentuk dan pada masa yang sama potensi penuh mereka dapat direalisasikan.
Beta juga menyambut baik penggubalan rang undang-undang prosesion kerja sosial yang akan memberi dimensi baharu kepada lanskap sosial negara. Dalam pada itu belia pula terus dibimbing agar tidak terlibat dengan gejala negatif. Sebagai pemimpin masa depan mereka wajar digalakkan untuk turut terlibat dalam membuat keputusan.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Kerajaan beta akan meneruskan usaha untuk membangunkan industri komoditi berasaskan pertaniaan secara lestari dengan sokongan penyelidikan dan pembangunan berkualiti. Di samping meningkatkan permintaan pasaran termasuk di peringkat antarabangsa. Bagi meningkatkan lagi hasil pertanian dan jamiman sekuriti makanan negara penekanan perlu diberikan kepada automasi, penggunaan teknologi moden, benih berkualiti, pembajaan dan pengarian, kawalan penyakit serta konsolidasi kawasan pertanian.
Kerajaan beta turut beriltizam untuk terus meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan yang saksama kepada rakyat, perkhidmatan kesihatan akan diperkasa dengan menjurus kepada pencegahan dan perawatan secara holistik termasuk kepada masyarakat luar bandar, orang asli serta pribumi di Sabah dan Sarawak.
Kemerosotan alam sekitar dan kesannya kepada kesejahteraan negara dan sejagat tidak boleh lagi dipandang remeh. Oleh itu beta menyeru supaya Malaysia terus komited dalam usaha mengetengahkan isu alam sekitar dan perubahan iklim termasuk mempergiatkan usaha untuk memulihara sungai, hutan, hidupan liar dan mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca serta meningkatkan penggunaan tenaha boleh baharu. Pemerkasaan undang-undang alam sekitar, aktiviti penguatkuasaan dan kerjasama erat semua pihak termasuk negara serantau perlu terus dilaksanakan.
Sungguhpun Tahun Melawat Malaysia 2020 telah dibatalkan ekoran penularan wabak Covid-19 usaha usaha bagi memulihkan sektor pelancongan negara hendaklah diteruskan. Pada masa yang sama pemain industri pelancongan gendaklah berusaha memperkukuhkan produk dan pakej pelancongan serta menjaga infrasturktur sedia ada bagi mengembalikan semula kecemerlangan sektor pelancongan negara.
Sebagai tuan rumah persidangan APEC 2020 Malaysia akan menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan hala tuju APCE khususnya dalam membentuk landasan baharu kerjasama ekonomi serantau pasca Covid-19.
Beta percaya kerajaan beta akan dapat memberikan kepimpinan yang berkesan ke arah usaha tersebut dan juga merencana wawasan baharu APEC bagi menggantikan matlamat Bogor yang akan berakhir tahun ini.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT.
NATIJAH-NYA; APA JUGA PELAN DAN PROGRAM KE-ARAH PEMBENTUKAN SEBUAH NEGARA MAJU YANG STABIL LAGI MAKMUR TIDAK AKAN TERCAPAI JIKA NEGARA TERUS DIBELENGGU DENGAN AMALAN RASUAH.
JUSTERU; PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN BERTERAS-KAN AMALAN INTEGRITI DAN TADBIR URUS YANG BAIK ADALAH PENTING BAGI MENCAPAI PERTUMBUHAN EKONOMI YANG MAMPAN SERTA DEMI MENJAGA KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGARA.
BETA MENGGESA AGAR KERAJAAN BETA UNTUK TERUS KOMITED DALAM MELAKSANA-KAN PELAN ANTI-RASUAH NASIONAL. BETA MENYERU SEMUA PIHAK UNTUK MENDUKUNG ASPIRASI INI AGAR SETIAP AGENDA PEMBANGUNAN NEGARA TIDAK TERHAKIS OLEH AMALAN RASUAH; PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA.
TANAM-KAN DI DALAM MINDA MASYARAKAT SEMENJAK DI BANGKU SEKOLAH LAGI BAHAWA RASUAH ADALAH JIJIK; KOTOR DAN WAJAR DI-PERANGI HABIS-HABISAN. AHLI-AHLI YANG BERHORMAT.
BETA AMAT MENGHARGAI TAAT SETIA DAN SUMBANGAN ANGGOTA-ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM; ANGKATAN TENTERA MALAYSIA; POLIS DIRAJA MALAYSIA SERTA AGENSIAGENSI KERAJAAN YANG TELAH MENCURAH-KAN KHIDMAT BAKTI DALAM USAHA MEMAJU-KAN NEGARA SEHINGGA
MENJADI-KAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG AMAN; MAKMUR DAN DI-SEGANI.
BETA MENYERU AGAR AMANAH DAN TANGGUNG-JAWAB YANG DI-JUNJUNG DALAM BERBAKTI KEPADA NEGARA DAN RAKYAT JELATA HENDAK-LAH TERUS DI-LAKSANA-KAN DENGAN SEBAIK-NYA SECARA PROFESIONAL DAN NEUTRAL TANPA MENGIRA KAUM; AGAMA MAHU-PUN KEDUDUKAN.
PADA MASA YANG SAMA; BETA MENYERU AGAR RAKYAT JELATA TERUS MEMBERI-KAN KERJASAMA KEPADA KERAJAAN BETA BAGI MENERUS-KAN KESINAMBUNGAN USAHA-USAHA PEMBANGUNAN NEGARA. BETA YAKIN; HANYA MELALUI KESEPADUAN ANTARA RAKYAT DENGAN KERAJAAN SAHAJA;
YANG MAMPU MELAHIR-KAN MALAYSIA YANG STABIL; AMAN DAN SEJAHTERA.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT SEKALIAN.
SEBELUM BETA MENGAKHIRI TITAH INI; BETA INGIN BERPESAN KEPADA AHLI-AHLI YANG BERHORMAT SEKALIANNYA. SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN; AHLI-AHLI YANG BERHORMAT MENJADI TELADAN DALAM MENYEMAI NILAINILAI POSITIF KEPADA RAKYAT.
PERBEZAAN PENDAPAT TIDAK SEHARUS-NYA DI-AKHIRI DENGAN PERMUSUHAN DAN CACI MENCACI. SEBALIK-NYA; PERBEZAAN PENDAPAT SEHARUS-NYA MENJADI LANDASAN KEPADA PENCETUS IDEA-IDEA BAHARU UNTUK MEMBANGUN DAN MENYATU-PADU-KAN NEGARA.
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT HENDAK-LAH SENTIASA MEMPAMIR-KAN KEMATANGAN DALAM BERPOLITIK. INI TERMASUK-LAH MENJIWAI KELUH KESAH RAKYAT; MEMBELA NASIB RAKYAT; BERPEGANG KEPADA PRINSIP KEADILAN; MEMBUDAYA-KAN POLITIK YANG BERSIH; TIDAK MENYENTUH SENSITIVITI UGAMA DAN BANGSA MAHU-PUN KEDAULATAN SERTA KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU.
JANGAN MENGHERET NEGARA SEKALI LAGI KE KANCAH POLITIK YANG TIDAK MENENTU KETIKA RAKYAT JELATA MASIH BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI MASALAH DAN MASA DEPAN YANG SUKAR AKIBAT PENDAMIC COVID-19.
SESUNGGUH-NYA; PERPADUAN DAN KEHARMONIAN BERMULA DI-DALAM DEWAN YANG MULIA INI. BETA YAKIN; RAKYAT AKAN TERUS ERAT BERSATU-PADU DAN SEPAKAT DALAM MEMBANGUN-KAN NEGARA JIKA RAKYAT TIDAK DI-SOGOK DENGAN API PERMUSUHAN DAN PERPECAHAN.
JUSTERU; BERBAHAS-LAH DENGAN PENUH TANGGUNG-JAWAB DAN SENTIASA-LAH MENUNJUK-KAN KEMATANGAN POLITIK YANG POSITIF UNTUK DI-CONTOHI OLEH RAKYAT JELATA.
KEPADA RAKYAT JELATA SEKALIAN; TERUS-KAN MENJAGA KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA SERTA PERSEKITARAN SETEMPAT. HINDARI DARIPADA BERHIMPUN SECARA RAMAI; DAN TERUS-KAN MENGAMAL PENJARAK-KAN SOSIAL. MUDAHMUDAHAN MALAYSIA AKAN BERJAYA MENANGANI PENDEMIK COVID-19 INI DENGAN JAYA-NYA.
MENGAKHIRI TITAH; BETA DAN RAJA PERMAISURI AGONG BERDOA SEMOGA MALAYSIA SERTA RAKYAT-NYA AKAN TERUS DI-BERKATI DAN DI-ANUGERAH-KAN OLEH ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA DENGAN TAUFIK DAN HIDAYAH; AMAN SENTOSA SERTA HIDUP BERSATU PADU DI BAWAH LINDUNGAN-NYA.
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL-FITRI; MAAF ZAHIR DAN BATIN; IKHLAS DARIPADA BETA; RAJA PERMAISURI AGONG DAN KELUARGA.
SEKIAN.
وباهلل التوفيق والهداية السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته
TERMAKTUB : ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR
PADA : 8 MEI 2020