Jenayah

Tipu Polis Kata Emak Sakit Jadi Alasan Guna Lorong Kecemasan

Sudahlah cukai jalan kenderaan tamat tempoh pada 6 Mei 2020, boleh pula dia tipu pihak polis kononnya ibu sakit dan sedang terima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Namun alasan yang diberikan lelaki terbabit tidak menjadi kerana pemeriksaan lanjut dengan menghubungi pihak hospital mendapati ibunya tidak mengalami sakit.

Perkara itu disahkan doktor bertugas dan itulah antara alasan yang diberikan seorang lelaki sewaktu ditahan di Kilometer 22 perpuluhan 7 Lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) semasa rondaan Op Selamat.

@suaramerdekamy

Aduh.. kereta mewah tapi roadtax arwah?

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

Terdahulu, Pegawai Turus Lebuhraya Tengah Zon A, Jabatan Siasatan Jenayah Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Nasyrul Ridzuan Abd Razak memaklumkan suspek memandu di lorong kecemasan di Kilometer (KM) 434 Lebuh raya Utara Selatan arah selatan.

Setelah diarahkan berhenti pada jam 6.25 petang, lelaki itu melarikan diri dan memandu dalam keadaan melulu dengan membuat zig zag yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button