Nasional

Tindakan tegas patuhi Award Tribunal Tuntutan Pengguna – KPDNHEP

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius isu ketidak patuhan award. Pihak kementerian tidak berkompromi terhadap mana-mana penentang yang gagal hadir ke mahkamah.

Ketidakhadiran penentang akan disusuli dengan pelaksanaan sendiri waran tangkap terhadap pihak yang gagal hadir ke mahkamah.

Menurut kenyataan KPDNHEP hari ini, satu tindakan telah diambil ke atas seorang pengarah syarikat yang gagal mematuhi award yang di keluarkan oleh Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia berhubung pembayaran deposit pembinaan rumah berjumlah RM12,000.

Kenyataan itu memaklumkan, pada 15 Mac 2017, satu aduan telah diterima daripada seorang penuntut yang menyatakan bahawa penentang iaitu seorang lelaki yang berusia 40 tahun yang merupakan pengarah syarikat harta tanah telah gagal mematuhi award Tribunal Pengguna.

“Selepas 14 hari dari tarikh award diserahkan kepada penentang untuk mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna di Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Putrajaya, penentang gagal menghadirkan diri,” kata kenyataan itu lagi.

Kes telah didaftarkan di Mahkamah Majistret Putrajaya dan sebutan kali pertama telah ditetapkan pada 10 Oktober lalu, katanya.

Penentang gagal hadir dan mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap serta  menetapkan tarikh sebutan pada 6 Januari nanti, kata kenyataan tersebut.

“Pada 5 Januari lalu, penentang telah ditangkap dan pada keesokkannya, dia dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya.

“Dia didakwa mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999, jika sabit kesalahan, denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button