Nasional

Tindakan Kedah tidak baharui lesen judi bercanggah Perlembagaan – Mahkamah Tinggi

Keputusan kerajaan Kedah untuk tidak mengeluarkan atau memperbaharui lesen premis perjudian adalah bercanggah dengan perlembagaan, demikian diputuskan Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Memetik  The Star, Hakim Mahazan Mat Taib mendapati keputusan exco Kedah pada 8 Dis 2021, ultra vires Perlembagaan Persekutuan.

Dia menyampaikan keputusannya mengenai saman sivil yang dibawa oleh tiga syarikat perjudian pada 20 Jun manakala kerajaan negeri memfailkan rayuan terhadap keputusan itu tiga hari kemudian.

Mahazan juga memerintahkan kerajaan Kedah, Menteri Besar, Majlis Bandaraya Alor Setar dan Datuk Bandar untuk membayar pampasan kepada plaintif atas kerugian mereka daripada larangan itu.

Kedai judi berhenti beroperasi di Kedah pada 2023 berikutan keputusan kerajaan negeri untuk tidak memperbaharui lesen premis tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor telah mengumumkan larangan berkenaan ke atas kedai 4D dan permainan judi di seluruh negeri pada 14 Nov 2021, mengarahkan majlis tempatan tidak memperbaharui lesen perniagaan tahunan mereka.

Penangguhan singkat diberikan kemudian, dengan lesen tidak boleh diperbaharui selepas 31 Dis 2022, kerana kelulusan persekutuan untuk kedai 4D berkuat kuasa sehingga itu.

Pada masa itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah diberitahu terdapat 45 pusat perjudian di negeri itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button