BeritaPolitik

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Perlis rebah di hospital

TIMBALAN Pesuruhjaya 1 Pas Perlis, Yussainie Yahya yang dilaporkan rebah semalam (10 Januari) ketika mendapatkan rawatan susulan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd. Shukri Ramli dalam satu kenyatan hari ini berkata, Yussainie, 40, kini diletakkan di bawah pemantauan doktor di HTF dan hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat.

Mohd. Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung keadaan kesihatan Yussainie.

Selain itu, Badan Perhubungan Pas Perlis turut merayu orang ramai untuk tidak melawat Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas itu  sebagai menghormati permintaan ahli keluarganya dan membolehkan beliau mendapatkan rehat secukupnya.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk mendoakan agar Yussainie segera pulih.

Sebelum ini, Shukri pernah dikejarkan ke HTF dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) berikutan beliau rebah ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Muafakat Perdana Nasional di Dewan 2020, Kangar pada September tahun lepas.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button