Politik
Trending

Tiga wakil rakyat Bersatu sertai Mara

TIGA wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dipilih untuk memegang jawatan strategik dalam Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Mereka yang dipilih adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik; Beufort, Datuk Azizah Mohd. Dun dan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen.

BACA > Trump telefon Muhyiddin bincang tentang Covid-19 — Suara Merdeka

Azizah dipilih untuk menerajui agensi itu sebagai Pengerusi yang baharu berkuatkuasa 1 Mei lalu sementara Maszlee pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corporation Sdn. Bhd. (Mara Corp).

Mohd. Rafiq pula menyertai Maszlee bersama tiga ahli lain yang terdiri daripada Datuk Ab. Rakib Ahmad, Datuk Ahri Hashim dan Dr. Shahridan Faiez.

Sementara itu, Datuk Dr. Syed Muhamad Syed Kadir pula dilantik sebagai Pengerusi Mara Corp.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad, seramai tujuh orang Ahli Majlis Mara yang baharu dilantik berkuatkuasa 15 Mei ini.

Mereka adalah, Prof. Datuk Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha, Datuk Siti Zauyah Md Desa, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi, Datuk Jamelah Jamaluddin, Zainal Abidin Kidam, Datuk Sr. Md Alwi Che Ahmad dan Datuk Nor Azri Zulfakar.

“Ahli Majlis Mara yang dilantik mempunyai ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman yang luas serta menjiwai semangat perjuangan Mara dalam membangunkan Bumiputera.

“Kementerian juga mengenalpasti individu berpengalaman dan berintegriti untuk dilantik sebgai Ketua Pegawai Eksekutif Mara Corp,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

BACA > Usul Undi Tak Percaya: 18 Mei bakal saksikan satu lagi krisis politik negara? — Suara Merdeka
BACA > Lebih 100,000 sokong petisyen minta kerajaan tukar kad pengenalan — Suara Merdeka

Pelantikan tiga daripada Parti Bersatu ini dilihat sebagai strategi mengukuhkan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof menerima usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri dari Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurutnya, usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) itu diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat nanti.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan Maszlee berpegang kepada prinsip perjuangannya iaitu kembali kepada penyokong dan rakyat.

Bekas Menteri Pendidikan itu menyatakan demikian apabila negara berhadapan dengan kemelut politik apabila Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan pada Februari lalu.

BACA > Perlis benar Solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei — Suara Merdeka
BACA > Selepas Tot Mat tolak, Mahdzir Khalid dilantik Pengerusi TNB — Suara Merdeka

“Saya membuat keputusan yang besar dan penting, iaitu kembali kepada para penyokong, rakan-rakan, keluarga, pengundi dan rakan-rakan seperjuangan,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button