Nasional

Tiga maut kereta langgar tiang elektrik di Kluang

TIGA maut, sementara seorang lagi cedera parah dalam kemalangan di Jalan Renggam berhampiran CEP Perdana di Kluang Johor awal pagi ini.

Ketiga-tiga mangsa lelaki itu adalah antara empat orang yang berada dalam kereta jenis Proton Wira yang terbabas dan melanggar tiang elektrik di tepi jalan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Shoromi Salih berkata, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan terbabit pada jam 11.45 malam.

“Sebaik tiba ke lokasi, didapati kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang terbabas melanggar tiang elektrik TNB di tepi jalan.

“Kemalangan itu mengakibatkan empat mangsa tersepit dan maut di lokasi Bomba menggunakan alat khas bagi mengeluarkan kesemua mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dalam pada itu, seorang penumpang mengalami kecederaan kritikal dan diserahkan kepada pegawai perubatan untuk rawatan seterusnya dan operasi ditamatkan pada jam 1.13 pagi,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button