Nasional

Tiga lelaki ahli sindiket curi kenderaan sekitar Lembah Klang ditahan

TIGA lelaki yang aktif mencuri kenderaan di kawasan Sentul, Jinjang dan Kepong berjaya ditahan pada 23 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya sebelum itu menerima satu laporan berkaitan kehilangan van jenis Nissan Vanette di Taman Million pada 11 November lalu.

“Hasil siasatan, kita telah menahan tiga lelaki berusia lingkungan 48 hingga 52 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes tersebut.

“Sindiket ini dipercayai aktif mencuri kenderaan di beraba kawasan di sekitar Lembah Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Eng Lai, semakan rekod mendapati kesemua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan kes curi kenderaan.

Ujarnya, pihaknya juga berjaya mengesan beberapa buah kenderaan yang dicuri antaranya sebuah van, dua kereta dan dua motosikal.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM45,000 dan kita juga sedang mengesan beberapa lagi rakan suspek yang masih bebas,” jelasnya.

Tambahnya, kesemua suspek telah direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button