Politik
Tidak timbul soal DAP perlu minta maaf
DAP sebagai rakan sekutu dalam Kerajaan Perpaduan tidak perlu memohon maaf kepada Umno yang didakwa pernah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap parti Melayu itu.
Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara berkenaan telah diselesaikan ketika rundingan penubuhan kerajaan pusat dan tidak seharusnya dibangkitkan lagi.
“Perkara itu tak perlu ditimbulkan lagi. Kerana mereka telah menyatakan perkara ini beberapa kali.
“Malah, di dalam rundingan untuk membentuk kerajaan pun perkara (agama dan bangsa) itu menjadi syarat utama untuk kita, dan mereka setuju 100 peratus,” katanya.
BACA: Pemuda UMNO desak DAP minta maaf secara terbuka