Tidak boleh bahas, Lembaga Pengampunan dipengerusikan Agong – Anwar
SAMA ada terdapat titah addendum daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam membebaskan bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak tidak boleh sama sekali dibahaskan di Dewan Rakyat.
Anwar menyifatkan kenyataan panjang lebar Takiyuddin di dewan lebih kepada untuk melakukan aksi politik kononnya membela beliau Najib, sedangkan tokoh pembangkang itu amat lantang menghentam bekas PM tersebut sebelum ini.
PM menegaskan beliau akan menjawab mengenai isu addendum tersebut selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada Januari tahun hadapan.
“Pengerusinya Agong, sejak bila kita boleh bahas? Sehingga dibawa ke mahkamah, itu lain. Mahkamah boleh putuskan. Sejak bila PM boleh ulas Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong?
Anwar kemudiannya sekali lagi berpegang kepada kenyataan Peguam Negara sebelum ini bahawa PM tidak boleh mengulas isu berkenaan hal Lembaga Pengampunan sehingga diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong atau diputuskan oleh mahkamah. – SM