Nasional

Tiada penjarakan sosial dalam MRT, LRT mulai esok

Perkhidmatan rel Rapid KL akan beroperasi secara normal seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula esok.

Ia temasuk termasuk mengakhiri peraturan berhubung penjarakan sosial di dalam tren dan stesen-stesen.

BACA Penjarakan sosial: Rapid KL akur arahan kerajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran berkata, langkah itu adalah sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan untuk PKPP.

Menurut beliau, SOP tersebut membenarkan kapasiti 100 peratus kepada semua perkhidmatan rel kecuali ETS dan KTM Intercity. Bagaimanapun menurut Abdul Hadi, prosedur keselamatan dan kesihatan sedia ada akan diteruskan.

“Tanda-tanda penjarakan sosial di dalam tren dan stesen sudahpun dikeluarkan.

“Rapid Rail menyeru dan berharap semua pengguna akan mendisiplinkan diri untuk mematuhi norma baharu dalam penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memastikan usaha gigih kita mencegah penularan COVID-19 terus berkesan,” kata Abdul Hadi.

Prosedur keselamatan dan kesihatan untuk menggunakan perkhidmatan rel termasuk pengambilan suhu pekerja dan penumpang.

BACA Penjarakan sosial: Rapid KL akur arahan kerajaan

Para pekerja atau penumpang yang mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah Celsius tidak akan dibenarkan masuk dan dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera.

Pemakaian topeng muka dan hidung adalah wajid kepada semua pekerja dan penumpang semasa berada di dalam sistem pengangkutan awam.

Penggunaan fasiliti dan transaksi bukan tunai seperti pas bulanan atau kad Touch N Go adalah digalakkan.

Penumpang juga digalakkan untuk memuat turun, menggunakan aplikasi MySejahtera serta mengimbas QR kod dan menggunakan hand sanitiser yang disediakan di kawasan stesen.

Menurut Abdul Hadi, Rapid Rail dijangka mampu meningkatkan kembali jumlah keseluruhan penumpang Rapid Rail kepada 750,000 sehari. Dalam tempoh PKP Bersyarat jumlah keseluruhan penumpang sehari adalah di bawah 200,000.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button