Tiada lagi nama Sinclair di IG, Bunga Citra Lestari mahu bangkit tanpa melupakan
Tiada penafian atau pengesahan yang dilontarkan tetapi penyanyi, Bunga Citra Lestari memohon agar setiap rencana yang telah diatur dapat dilalui dengan tenang dan direstui semua.
Bunga atau lebih senang disapa, BCL berkata, dia tidak akan dapat melupakan Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair namun dia haru bangkit mencari bahagia untuk dirinya dan anak, Noah.
“Bukan move on, tetapi sebuah duka seperti ini tidak akan pernah pergi. Sampai bila-bila pun tidak boleh move on. Tetapi bagaimana kita boleh hidup kembali, bersemangat lagi.
“Bangkit kembali tanpa melupakan, hidup bersama rindu yang tiada penghujung. Kita perlahan-lahan belajar untuk hidup bersama kesakitan. Dalam pada masa sama, membuat memori-memori baharu yang boleh membahagiakan.
“Anak saya juga perlu bahagia, saya juga sama untuk kami sama-sama menikmati kebahagian itu,” ujarnya tenang ketika ditemu bual media Indonesia baru-baru ini.
Kecoh sebelum ini apabila BCL dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada 2 Disember depan dengan rakannya, Tiko Pradita Aryawardhana yang sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan aktres itu.
Memetik laporan portal hiburan Indonesia, berdasarkan pendedahan oleh salah seorang kakitangan Pejabat Urusan Agama Pasar Minggu, Bunga dikatakan bakal mengadakan majlis pernikahan di Bali.
Sementara itu, ketika diaju soalan tentang dakwaan pernikahan yang dikhabarkan berlangsung esok, penyanyi Badai Telah Berlalu itu menjawab;
“Insya-Allah, doakan ya teman-teman. Kalau kita punya keinginan, sesuatu dan niat yang baik, insya-Allah pasti ada jalannya.
“Jadi, harapnya jantung aku tenang hari itu,” katanya.