Jenayah

Tiada lagi hukuman Mati Mandatori

Tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat mulai 4 Julai ini di Malaysia, susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).

Tiada lagi hukuman Mati Mandatori

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh, pemansuhan itu bertujuan menghormati hak setiap individu untuk hidup di Malaysia serta memastikan keadilan bagi semua pihak.

“Prinsip asas yang ingin diberi penekanan oleh kerajaan di sebalik setiap hukuman di Malaysia adalah pemulihan banduan agar mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan menjadi individu yang berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dan negara setelah selesai menjalani hukuman.

“Mengikut subseksyen 1(2) Akta 846, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said telah menetapkan 4 Julai 2023 sebagai tarikh akta ini mula berkuat kuasa.

“Oleh yang demikian, tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat mulai tarikh ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akta semakan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) sudah menerima perkenan Diraja pada 9 Jun lalu tetapi masih belum berkuat kuasa.

Jelasnya lagi, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan beberapa mesyuarat sejak 2023 bagi membincangkan mekanisme dan garis panduan pelaksana semakan hukuman mati serta pemenjaraan sepanjang hayat.

Artikle Berkaitan ;>

Kerajaan bentang pindaan mansuhkan hukuman mati mandatori

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button