Tiada Kata Secantik Bahasa diolah menjadi lagu kerohanian
LAGU Tiada Kata Secantik Bahasa antara lagu yang pernah dipopularkan biduan teragung negara, Tan Sri. P. Ramlee.
Kini, lagu tersebut diolah kembali menjadi lagu kerohanian dan didendangkan oleh kumpulan nasyid Hijjaz, Pasya dan Luka Sickta.
Menurut Isman daripada Hijjaz, idea untuk membuat lagu Tiada Kata Secantik Bahasa 2020 itu muncul kira-kira dua tahun yang lalu.
“Apabila Hijjaz berada di Madinah membuat umrah, terdetik hati adakah lagu daripada P.Ramlee kalau diubah kepada selawat Nabi S.A.W.
“Adakah peminat peminat ini dapat menerima dengan combinasi 3 genre ini , Rock, Nasyid dan Hip Hop.
“Apabila pihak Universal Music berjumpa dan berbincang dengan kami, cadangan ini dapat dikemaskan dengan idea idea yang memberangsangkan. Daripada pihak MonkeyBone juga, idea ini diterima baik oleh artis dan memberi kerjasama yang amat positif,” katanya.
Sementara itu, Luka Sickta pula berkata, lagu adalah sesuatu yang universal dan boleh diberi kelainan.
“Tiada yang mustahil kalau kita mencuba sesuatu kelainan. Asalkan mesej yang hendak disampaikan dapat mendapat tempat di hati,” ujarnya.
Lagu terbitan Universal Music Malaysia ini sudah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula 25 OKTOBER 2020. Video muzik rasmi TIADA KATA SECANTIK BAHASA 2020 boleh dilayari di saluran YouTube Unviersal Music Malaysia. -SM