Nasional
Tiada kata-kata untuk kehilangan ini – Najib
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa sedih atas pemergian ibunya Tun Rahah Mohamed Noah ke rahmatullah sebenar tadi.
Menurut Ahli Parlimen Pekan itu tiada kata-kata yang dapat diungkap beliau dengan pemergian allahyarham bonda tersayang dan hanya kesedihan dan air mata mengiringi kematian ibunya itu.
“Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” kata Najib di media sosialnya itu.
Tun Rahah yang merupakan balu Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu kerana tidak sihat.-SM