Nasional

Tiada caj bagi individu diarah jalani saringan Covid-19

TIADA caj akan dikenakan bagi individu bergejala yang mendapatkan rawatan di klinik Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani saringan Koronavirus (Covid-19).

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba susulan pelaksanan caj bagi ujian saringan Covid-19.

Pelaksanaan itu dilaksanakan bagi warganegara atau orang asing ataupun mereka yang ingin menjalani saringan secara sukarela.

“Mana-mana yang diarah oleh KKM (ketika mendapatkan rawatan di hospital atau klinik KKM) dibuat secara percuma.

“Termasuk yang bergejala jika durujuk oleh doktor atau kakitangan perubatan.”

BACA > 13 tan rambut manusia disyaki dari penjara Xinjiang dirampas — Suara Merdeka

Demikian penjelasan Dr. Adham ketika dihubungi Suara Merdeka berikutan kemungkinan wujud kekeliruan dalam pelaksanaan caj ujian saringan pandemik itu.

Terdahulu, beliau dalam satu kenyataan mengumumkan pelaksanaan caj bagi warganegara atau orang asing yang mahu masuk ke negara ini atau menjalani saringan secara sukarela.

Katanya, bagi mereka yang ingin memasuki negara ini perlu mengambil ujian saringan sama ada jenis tindak balas berantai polimerase atau kit ujian pantas atigen mengikut kesesuaian semasa.

“Mana-mana warganegara atau orang asing yang berada di Malaysia boleh meminta untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 di hospital atau klinik KKM dan hendaklah membayar fi bagi ujian pengesanan Covid-19.

“Penetapan itu dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Fi Bagi Ujian Pengesanan Penyakit Koronavirus 2019),” katanya.

BACA > Foto Najib, Azmin ketawa, sarapan semeja jadi perhatian — Suara Merdeka

Pelaksanaan itu dilaporkan berkuatkuasa mulai 29 Jun lalu dengan caj yang dikenakan adalah bergantung kepada jenis ujian pengesanan Covid-19.

Bagi jenis tindak balas berantai polimerase caj yang dikenakan adalah RM150 untuk warganegara dan RM250 warga asing.

Kit ujian pantas antigen pula RM60 bagi warganegara dan RM120 warga asing.

Sementara kit ujian pantas antibodi pula RM30 bagi warganegara dan RM60 warga asing yang hanya diberikan pada hari ke-13 kuarantin.

Saringa menggunakan kit tersebut diberikan sebelum individu dilepaskan daripada perintah kuarantin pada hari ke-14.

Tambah Dr. Adham lagi, bagaimanapun tiada caj dikenakan bagi pegawai kerajaan kembali dari luar negara atas urusan rasmi namun perlu mengemukakan bukti.

Orang kurang upaya (OKU) juga tidak dikenakan caj sebaliknya perlu mengemukakan kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

BACA > KKM tetapkan fi ujian pengesanan Covid-19 bagi pelepasan imigresen — Suara Merdeka

Selain itu, pengecualian juga diberikan kepada pelajar Malaysia dari luar negara yang memasuki negara ini kali pertama dan perlu mengemukakan bukti pengajian. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button