Politik

G25 mahu jawatan Ariff, Kor Ming kekal

Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 mahu  kerajaan mengekalkan jawatan Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat  dan Nga Kor Ming sebagai Timbalan Speaker.

Dalam satu kenyataan, G25 berkata, adalah tidak munasabah untuk Ariff disingkirkan daripada jawatan speaker.

“Sepanjang memegang jawatan, Ariff memastikan integritinya sebagai speaker dan menjalankan tanggungjawab tanpa melebihkan mana-mana pihak,” kata G25 dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut mereka, Ariff, telah bekerja keras untuk memperkenalkan pembaharuan bagi memperkukuh peranan Parlimen dalam memantau fungsi kerajaan dan para menteri.

“Yang paling baik, adalah untuk ahli-ahli parlimen menolak usul seumpama itu memandangkan rakyat mungkin akan mempersoalkan motif mereka yang menyokong penyingkiran seseorang yang layak dan dihormati, tanpa alasan yang munasabah.

“Kami dengan ini, menggesa semua ahli parlimen untuk mempertimbangkan semula sokongan mereka terhadap usul ini dan ingatlah, dalam pilihan raya akan datang, rakyat Malaysia tidak akan lupa siapa yang buat keputusan demi kepentingan terbaik negara, dan siapa yang tidak,” kata mereka.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghantar usul untuk menggantikan Ariff dan Nga pada 26 Jun lalu. Dijangka usul tersebut akan dibentangkan ketika sidang Parlimen yang bermula 13 Julai.-SM

(Visited 360 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button