Pengumuman Anwar disifatkan sindrom September
ANGGOTA Kabinet Perikatan Nasional menyambut dengan sinis pengumuman Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya telah mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.
Antaranya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Khairy Jamaluddin berkata tiada apa yang tumbang atau jatuh sebaliknya Kabinet bermesyuarat seperti biasa.
“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.
Manakala Datuk Seri Azmin Ali pula menyifatkan pengumuman Anwar sebagai pembohong dan psikopat.
“Pembohong dan psikopat politik yang tidak dapat dikalahkan,” ciap Azmin.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan pula menyifatkan pengumuman Anwar itu sebagai sindrom September.
“September Syndrome… previously 16 now 26. Whatever the trump card is still with PM,” kata Takiyuddin.
Beberapa tahun yang lalu Anwar mengemparkan negara apabila mengumumkan akan mengambil alih kerajaan pada 16 September selepas mendakwa mempunyai sokongan untuk mengambil alih kerajaan.
Sementara itu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula telah menambah bekalan manakan ringan Super Ring.
Anwar yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus menumbangkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Anwar dalam sidang media khas hari ini berkata, sokongan yang dianggap kukuh dan meyakinkan itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebaik baginda keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN).
“Sebenarnya saya mendapat perkenan mengadap baginda Selasa pada jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguhkan selepas baginda menerima rawatan di IJN.