“SAYA dibentuk di Barcelona dan setiap pemain tengah mesti menyentuh bola. Anda membentuk kemahiran sendiri, tetapi satu perkara yang anda perlu lakukan ialah gerakkan bola. Anda perlu memegang bola sekerap yang boleh dan membantu pasukan bermain,” kata Thiago Alcantara pada Disember 2015.
Anda tidak boleh menyatakan bahawa pemain terbaru yang Liverpool tandatangani itu tidak mempraktikkan apa yang dikatakannya.
Melakukan penampilan sulung di Stamford Bridge setelah hanya sempat menjalani dua sesi latihan, Thiago membuktikan dia seorang pemain yang mematuhi pada prinsipnya.
Dia pernah menjelaskan tentang falsafahnya itu kepada Sportsmail, dua tahun lalu, sewaktu dia sudahpun bergelar tonggak Bayern Munich.
Keghairahan Thiago menyempurnakan hantaran hadir mencurah-curah dan dia membuktikan mengapa dirinya dianggap sebagai pengganti semula jadi Xavi.
Dalam cuaca panas di barat London, Thiago sudah mula mempamerkan impak terhadap pasukan baharunya. Memang benar, cabaran besar bakal menanti dan sedikit kesilapan kerana memberikan sepakan penalti kepada lawan.
Mengawal permainan menentang 10 pemain berbeza dengan menangani masalah lawan yang lebih hebat.
Namun, bilangan hantaran yang disempurnakannya perlu diberi perhatian.
Thiago melakukan 89 sentuhan selepas dia di bawa masuk bagi menggantikan kapten Liverpool, Jordan Henderson yang menyempurnakan 75 hantaran.
Henderson terpaksa digantikan bagi mengelak masalah ketegangan pada pahanya daripada menjadi serius.
Jumlah hantaran yang dilakukan Thiago itu lebih banyak berbanding mana-mana pemain Chelsea sepanjang 90 minit permainan.
OPTA menyimpan statistik seumpama itu sejak 2003, tetapi tiada pemain yang berjaya berbuat demikian hanya untuk 45 minit permainan.
Penampilan sulung itu sudah memadai memberi gambaran menarik apa yang bakal disajikan skuad bimbingan Jurgen Klopp.
Liverpool bukanlah sebuah pasukan yang memerlukan ‘pembedahan besar’. Untuk berkata demikian, ia satu pandangan yang tidak menghormati Henderson dan Gini Wijnaldum, yang telah beraksi dalam perlawanan penting dan memainkan peranan besar bagi membantu Liverpool mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara sebanyak dua kali berturut-turut.
Membawa masuk pemain yang tepat pada waktu yang betul, bagaimanapun, dapat memberikan kesan yang mendalam dan impak itu dapat dilihat sebaik Thiago diperkenalkan menerusi hantarannya yang bertali arus.
Semua yang dilakukan Thiago kelihatannya dengan hanya satu sentuhan dan hampir kesemua hantarannya menghala ke depan.
Pandangan matanya sentiasa meliar di sekitar padang untuk melihat laluan mana yang akan dibuka seterusnya. Thiago seorang pemain yang pintar dan dengan kreativiti di kakinya, Chelsea jelas buntu, bagaimana untuk menyekat bintang baharu Reds itu.
Maka tidak hairanlah, Thiago menerima pelukan daripada Klopp sebaik wisel penamat dibunyikan.
Klopp bukanlah lelaki yang sukar untuk dibaca tindak-tanduknya. Emosi pengurus itu menjadikan dia seperti sebuah buku yang mudah dibaca dan sejak beberapa minggu kebelakangan ini dia begitu mudah melenting.
Kesabarannya untuk melihat Liverpool beraksi lebih menyengat kian menipis.
Namun, kini Klopp kelihatan lebih tenang, dia sedar skuad bimbingannya sudah mula menampakkan perubahan yang dimahukannya.
Liverpool berjaya membenam Chelsea serta meletakkan penanda aras apa yang mereka mahu lakukan dan kehadiran Thiago telah membantu Reds mencari keseimbangan.
“Dia seorang pemain yang hebat. Apa yang boleh dikatakan, ini masa yang tepat. Dia masih belum biasa dengan cara pemikiran kami dan Bayern berbeza berbanding kami. Untuk bertahan agak sulit untuknya, tetapi dengan bola dia sentiasa bersedia menyempurnakan hantaran,” kata Klopp. – Daily Mail UK – SM