fbpx
Politik

Cukuplah dengan kegagalan, tidak perlu menghina

PARTI Warisan Sabah (Warisan) nyata gagal membela nasib rakyat Sabah, namun kegagalan itu tidak perlu ditambah dengan menghina wira negara yang terkorban ketika pertahankan kedaulatan negeri Sabah dan kedaulatan negara dalam tragedi Lahad Datu pada Februari 2013.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, jika benar kenyataan seorang pemimpin Warisan yang menganggap tragedi di Kampung Tanduo itu sebagai sandiwara kenyataan pemimpin Warisan sangat biadap dan langsung tidak boleh diterima.

“Kita tanya pada Warisan, adakah 235 orang warga Filipina yang bersenjata mendarat di Kanpung Tanduo pada 11 Februari 2013 adalah anjing dan ayam?

“Adakah sebilangan pengganas sulu yang mati bertempur dengan pasukan keselamatan kita adalah anjing dan ayam?

“Dan yang paling penting adakah seramai 10 anggota polis dan dua anggota tentera yang terkorban akibat dibunuh oleh anjing dan ayam?” Soal Zahida dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya.

Zahida berkata demikian merujuk tularnya pemimpin Warisan mengenai tragedi Kampung Tanduo, Lahad Datu.

“Kami mendesak agar pemimpin Warisan berkenaan memohon maaf kepada ahli keluarga wira negara yang terkorban mempertahankan negara ketika tragedi itu.

“Saya juga menyeru agar rakyat Sabah menolak secara total semua calon Warisan yang bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kali ini,” katanya.-SM

Show More

Related Articles

Back to top button