Tertembak diri sendiri ketika cuba rakam TikTok dengan senapang
SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri sehingga maut ketika cuba merakam video TikTok dengan senapang ringan.
Yazmin Esmeralda cuba merakam dirinya dengan senapang ringan Uzi 9mm di rumah neneknya di perbandaran Guasave, Sinaloa, Mexico ketika tragedi melanda.
Menurut Daily Star, laporan tempatan mengatakan bahawa remaja itu menemui senapang tersebut di bahagian bawah almari dan meminta abangnya merakam videonya sambil memegang senapan itu.
Tiba-tiba dia dengan tidak sengaja menjatuhkan senapang berkenaan menyebabkan picu senapang dilepaskan, membunuhnya dengan serta merta.
Pendakwa negeri Sinaloa, Sara Bruna Quiñonez Esrada berkata, tidak jelas mengapa senjata itu berada di dalam rumah itu.
Laporan mencadangkan ia mungkin milik bapanya, yang kini boleh bertanggungjawab atas kematian itu.
“Hakikat bahawa terdapat senjata di dalam rumah yang tidak dikawal, adalah tanggungjawab orang dewasa yang mengetahui ada kanak-kanak di dalam rumah itu.
“Dia memilih untuk merakam klip (dengan cara itu) menunjukkan bahawa belia kini terpengaruh dengan budaya itu,” katanya.
Sinaloa adalah tempat kelahiran raja dadah terkenal oaquin “El Chapo” Guzman.
“Terdapat sesetengah masyarakat yang mengagumi pengedar dadah,” kata Maria Teresa Guerra Ochoa, Ketua Kementerian Wanita Negeri itu. – SM