Uncategorized

Terowong ECRL runtuh punca mendapan di Lebuhraya Karak-KL

MENDAPAN besar di Kilometer 66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak malam tadi berpunca daripada runtuhan terowong 2 Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Jabatan Kerja Raya.

JKR berkata, runtuhan itu menyebabkan mendapan tanah yang berada 13 meter atas permukaan terowong ECRL di laluan arah Timur lebuhraya berkenaan.

“Bagi pembaikan jangka panjang, satu siasatan menyeluruh akan dilaksanakan Kementerian Kerja Raya menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia dengan kerjasama pihak terlibat.

“Pemantauan berterusan dilaksanakan bagi mengesan jika ada pergerakan bawah tanah di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerja menimbus mendapan konkrit telah dibuat segera bagi membolehkan laluan itu digunakan segera pengguna lebuh raya.

“Saya difahamkan, jam 7 petang ini sudah boleh digunakan semula,” katanya menurut laporan Kosmo.

Mendapan yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu telah menyebabkan penutupan kedua-dua arah Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Kejadian mendapan itu menghalang lorong kiri dan kanan serta menyebabkan trafik sesak di kedua-dua arah.

Pengguna dari Kuantan menuju ke Kuala Lumpur diarah keluar ke Persimpangan Pekan Bentong Timur dan masuk semula ke Pekan Bentong Barat.

Manakala dari Kuala Lumpur ke Kuantan pengguna diarahkan keluar ke Persimpangan Pekan Bentong Barat dan masuk semula ke Pekan Bentong Timur. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button