EkonomiNasional

Teroka pendigitalan sektor pelancongan

SEKTOR ekonomi pelancongan perlu menerokai sistem pengurusan digital secara menyeluruh terutama dalam situasi pengadaptasian normal baharu akibat pandemik Koronavirus (Covid-19).

Potensi-potensi dalam pendigitalan perlu dirungkai dalam memastikan sektor pelancongan berada pada landasan pemulihan yang betul.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai cabaran-cabaran terutama dari sudut pengurusan produk dan perkhidmatan perlu dikendalikan dengan tepat.

Hal demikian supaya, pengadaptasian digital dalam sektor tersebut dapat dilaksanakan secara menyeluruh melalui model-model perniagaan sedia ada.

“Produk pelancongan tiada perubahan termasuk juga perkhidmatan.

“Contohnya, kalau kita pergi ke Pulau Langkawi, hotel, pusat beli-belah, peranginan dan pantai semua sama, tetapi apa perbezaan yang dilakukan?

BACA > Amitabh Bachchan, Abhishek dijangkiti Covid-19 — Suara Merdeka

“Ia adalah sistem, tetapi macam mana hendak menguruskan semua produk pelancongan dan memasarkannya. Itu yang menjadikannya berlainan.

“Sekarang dunia ini berubah yang disebabkan oleh sistem orang kata menyesuaikan diri dalam situasi sedemkian.

“Pada saya, kerajaan memang mempunyai perancangan untuk ke arah digital (pelancongan) tetapi pemahaman dan pelaksanaan mempunyai cabaran.

“Paling penting adalah pemahaman, kita perlu teroka supaya orang faham terutamanya untuk bina sistem ini.”

Kata Ketua Pegawai Eksekutif, Sri Sutra Travel, Datuk Syed Mohd. Razif Al Yahya, mengenai cabaran pendigitalan sektor pelancongan ketika ditemubual Suara Merdeka baru-baru ini.

Beliau yang juga pemilik platform TravelCompute daripada Octraves Technology maklum mengenai unjuran dikeluarkan oleh kerajaan mengenai pemulihan sektor tersebut yang dijangkakan mengambil masa sehingga empat tahun.

BACA > Dr. Masliza wanita Malaysia pertama sandang jawatan Prof. Madya Universiti Oxford — Suara Merdeka

Justeru, kebebasan dan sokongan kepada penggiat industri tempatan terhadap pendigitalan pelancongan adalah perlu untuk memastikan sektor tersebut terus beroperasi.

“Apabila kita bercerita tentang digital, sekarang sudah bercakap tentang 5.0. Sebenarnya kita yang 2.0 pun belum betul-betul tak sepenuhnya lagi.

“Setiap industri perlukan sistem, saya ada kepakaran dalam pengurusan sistem berkaitan pengembaraan dan pelancongan.

“Kerana, apabila kita hendak membina sistem, perlu ada pemahaman terhadap infrastruktur industri yang datang dari segi produk pelancongan.

“Apabila sudah ada produk, maka kena tahu bagaimana pengurusannya melalui sistem. Kita kena ada model industri, kemudian ada modul pula.

“Modul dalam model. Dalam modul pula ada banyak komponen, segmen serta item dan tatacaranya kemudian kita kena ada cara untuk mapping kemudian baharulah pergi kepada sistem pendigitalan.

BACA > PKPP: Pantau persediaan anak-anak kembali ke sekolah – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

“Justeru, kerajaan memerlukan pihak ataupun orang yang tepat dalam melaksanakan pendigitalan terhadap sektor industri pelancongan,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button