Nasional

Enam lelaki ditahan memandu dalam keadaan mabuk

Nampaknya masih ramai pengguna jalan yang raya yang masih berdegil dengan membawa kenderaan dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol.

Walaupun hampir saban hari media melaporkan kes penahanan pemandu yang memandu secara mabuk, tindakan yang diambil polis seakan tidak diambil endah oleh sesetengah pengguna jalan raya.

Terbaharu, enam lelaki ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk menerusi Operasi Alkohol yang dijalankan di beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya, Selangor awal pagi tadi.

mabuk

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua yang ditahan berusia 22 hingga 41 tahun.

“Kita menjalankan operasi bermula pukul 11 malam semalam hingga pukul 3 pagi tadi di beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya.

“Menerusi operasi tersebut, kita telah memeriksa 252 pengguna jalan raya dan 217 kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Kenapa Al Jazeera bersikap ‘selektif’?

Menurut Nik Ezanee, sebanyak 42 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Tambahnya, kesemua individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987. -SM

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button