NasionalPolitik

Terima kasih Wong Yan Ke kerana biadab!

KUALA LUMPUR: Orang Melayu perlu berterima kasih kepada pelajar biadab, Wong Yan Ke. Mengapa? Kerana tingkah laku kurang ajarnya telah menyedarkan kita betapa perlunya orang Melayu terus bersatu dan menjadi kuat di tanah air tercinta ini.

Tidak perlulah kita mendesak pihak Universiti Malaya (UM) untuk menarik semula keputusan menahan penyerahan skrol ijazah kepadanya, cukup jika kita membiarkan sahaja dia. Melayan warga negara yang tidak faham tentang maksud kesopanan dan kesusilaan iaitu intipati kelima dalam Rukun Negara, hanya membuang masa.

Apa yang penting sekarang adalah terus mendidik anak bangsa menjadi lebih bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian. Menjadi contoh yang baik kepada orang lain, adalah sikap paling mulia.

Dalam hal ini, pelajar-pelajar Melayu harus berusaha lebih kuat. Tunjukkan kepada bangsa lain bahawa anak Melayu mempunyai kualiti antarabangsa. Mampu mengukir nama, agama, bangsa dan negara di pentas dunia.

Biarkan orang lain menjadi kurang ajar. Dengan ilmu padu yang tersemat di dada, bukan mustahil orang Melayu akan mampu menguasai bidang ekonomi. Sudah tentu perpaduan dan jati diri memberi kita kekuatan untuk bersatu hati. Kelak mereka yang susah untuk diajar seperti Yan Ke akan tersedar sendiri bahawa langit itu tinggi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button