Politik

Teresa hairan lebih 1,000 hadir ceramah beliau di Tg. Piai

TANJUNG PIAI – Nampaknya bilangan ‘penonton’ dan kehadiran audien dalam sesebuah ceramah kempen pilihan raya di Tanjung Piai amat diberi perhatian oleh pemimpin Pakatan Harapan.

Sebelum ini calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini memberitahu media, penduduk Tanjung Piai tidak suka keluar malam dan menjadi punca ceramah Pakatan Harapan kurang hadirin.

Mungkin kerana itu menteri dari Pakatan Harapan, Teresa Kok menzahirkan rasa hairan ceramah yang disampaikan beliau di Pekan Nanas bersama beberapa menteri malam tadi jauh lebih ramai daripada sangkaan beliau.

Menteri Industri Utama itu menganggarkan ceramah yang dilakukan beliau dan pemimpin Pakatan Harapan lain itu dihadiri lebih 1,000 penduduk.

“Malam ini saya berceramah di Pekan Nanas, bersama dengan YB Zuraidah (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), YB Steven Sim, YB Liew Chin Tong dan lain.

“Bila saya tiba di tapak ceramah, saya memang hairan dengan bilangan orang yang hadir di ceramah adalah jauh lebih ramai daripada jangkaan saya. Saya anggar lebih kurang satu ribu orang hadir malam ini,” kata Teresa di Facebook beliau.

Ahli Parlimen DAP itu percaya PH akan menang merebut kerusi Parlimen Tanjung Piai dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung Sabtu ini.

Bagaimanapun hantaran yang dibuat oleh Teresa itu mengundang komen sinis daripada warganet.

“So… whats about orang Tanjung Piai tak keluar malam? Atau semua ini bukan orang Tg Piai?” soal Sawal Saari.

Sebelum ini Karmaine dilaporkan berkata, sebagai anak tempatan, beliau memahami situasi sambutan ceramah Pakatan Harapan yang hambar dan tidak ramai penonton.

“Orang di sini (Tanjung Piai) memang begini. Mereka tak nak keluar. Lepas Isyak, mereka lebih suka duduk di rumah.

“Bukan disebabkan mereka ada kekangan, cuma mereka tidak berasa selesa (keluar malam) sebab itulah kita pergi rumah ke rumah untuk memastikan mesej sampai kepada pengundi,” kata Karmaine.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dilaporkan berkata, tidak bimbang dengan jumlah kehadiran para penyokong pada ceramah-ceramah Pakatan Harapan (PH) kerana Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai bukan pertandingan ceramah.

Katanya,  kehadiran masyarakat Tanjung Piai ke ceramah pembangkang bukannya petanda ceramah dan kempen Pakatan Harapan kurang mendapat sambutan.-SM.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button