Banjir

Terence Gomez letak jawatan panel SPRM berkaitan dakwaan terhadap Azam

Ahli akademik Prof. Dr. Edmund Terence Gomez telah meletak jawatan daripada Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam surat kepada pengerusi panel Datuk Seri Borhan Dolah pada Isnin (27 Disember), Gomez berkata, peletakan jawatannya sebagai protes terhadap tiadanya tindakan panel berkenaan berhubung dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki.

Azam didakwa memiliki hampir dua juta saham dalam sebuah syarikat tersenarai awam.

Dalam surat itu, Gomez berkata, beliau telah membangkitkan isu itu kepada Borhan pada 12 November dan memintanya memanggil mesyuarat panel berhubung dakwaan itu.

“Saya menulis kepada anda pada 12 Nov, meminta anda mengadakan mesyuarat Panel kami. Anda menjawab serta-merta dengan menyatakan bahawa anda akan memanggil mesyuarat dan anda akan meminta kakitangan pentadbiran SPRM untuk mengaturnya,” kata Gomez.

“Dua minggu kemudian, saya menulis kepada anda sekali lagi pada 26 November, kali ini melampirkan lebih banyak maklumat yang saya terima mengenai pautan perniagaan keluarga Azam. Saya menegaskan bahawa maklumat ini amat membimbangkan kerana ia berdasarkan penyelidikan yang meluas,” kata Gomez.

Gomez kemudian berkata, bahawa dia telah membangkitkan semula isu itu dengan Borhan pada 14 Disember selepas tidak menerima jawapan kepada surat keduanya

Beliau kemudian menambah bahawa beliau mengemukakan peletakan jawatannya kerana bagi mengotakan janjinya untuk berbuat demikian jika beliau tidak mendengar balasan daripada Borhan.

Gomez telah dilantik ke panel SPRM mulai 1 Jun 2020 dan akan menamatkan penggalnya pada 31 Mei 2022.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button