Luar Negara

Salji luar biasa turun setebal 68cm dalam tempoh 24 jam di Jepun

SALJI tebal luar biasa yang turun dalam tempoh 24 jam telah menyebabkan kesesakan lalu lintas, pembatalan penerbangan dan gangguan kepada perkhidmatan kereta api di Jepun semalam.

Menurut Kansai Electric Power, lebih 3,200 isi rumah telah terputus bekalan elektrik di rantau itu ketika pihak berkuasa memberi amaran akan lebih banyak salji diramalkan berlaku semalaman.

Jurucakap kerajaan, Hirokazu Matsuno mengatakan belum ada pengesahan mengenai sebarang kecederaan atau kematian akibat cuaca sejuk setakat ini.

“Corak tekanan musim sejuk yang menyebabkan salji tebal, terutamanya di sepanjang bahagian laut Jepun di negara itu dari utara ke barat Jepun, dengan beberapa kawasan mengalami rekod salji yang turun.

“Jumlah salji yang turun dijangka meningkat pada hari ini dan orang ramai perlu sentiasa berwaspada,” katanya.


Dalam pada itu, sebuah jalan utama di wilayah Shiga ditutup kerana terdapat kenderaan yang terkandas di sana.

Kegawatan lalu lintas dilaporkan bermula apabila sebuah trak tergelincir berhampiran bandar Hikone di mana 68cm salji turun dalam masa 24 jam hingga pagi semalam iaitu 30 kali lebih dalam daripada purata.

Kira-kira 130 penerbangan domestik dibatalkan pada Ahad akibat salji dan dilaporkan 50 penerbangan dibatalkan semalam. – SM

(Visited 161 times, 3 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button