Tentera Rusia Mara Menuju Ke Kharkiv & Odeesa, Perang Dunia 3 Sedang Disusun?
Seorang terbunuh dan seorang cedera dalam serangan misil Rusia di Brovary, Kiev serta Ukraine dan sehubungan itu, semua penerbangan dibatalkan dan negara tersebut ditutup sepenuhnya.
Rakyat diminta untuk masuk ke bawah tanah kerana bimbang terkena serangan roket dan sekiranya mahu meninggalkan Kiev, disarankan untuk menaiki kereta api.
Terdahulu, agensi berita Rusia, Ria Novosti melaporkan Puak Pemisah Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk telah mengawal dua bandar di Donetsk dan Luhansk dari tangan Ukraine
Facebook Rasmi Tentera Ukraine melaporkan Tentera Ukraine berjaya menembak jatuh 5 buah pesawat tempur Rusia dan sebuah helikopter di Kawasan Luhansk, Timur Ukraine.
Presiden Ukraine, Voldymr Zelensky pula menyatakan tentera Rusia sedang mara ke Kharkiv dan Odeesa.